Filem Chomel sudah pun mula ditayangkan hari ini dan buat julung kalinya, penonton bakal menyaksikan sebuah karya yang mengangkat tema hubungan manusia dan haiwan kesayangan ramai kucing.

Mengetengahkan kisah seekor kucing dan seorang kanak-kanak yang melalui rasa kehilangan, Chomel ternyata mencipta sejarah buat industri perfileman Malaysia.

Namun buat mereka yang masih tertanya-tanya adakah filem ini perlu ditonton, ini antara sebabnya.

#1 Filem Pertama Angkat Kisah Sayang Keluarga & Kucing

Memang cipta sejarah apabila Chomel menjadi filem pertama yang mengangkat tema sebegini.

Anda akan saksikan bagaimana kucing digelar Chomel ini mengubah kehidupan keluarga Imran.

#2 Sisi Berbeza Zahiril Adzim

Penonton juga akan menyaksikan kelainan dalam aspek lakonan pelakon hebat Zahiril.

Melalui watak Imran, Zahiril membawa karakter bapa yang agak kucar kacir selepas isterinya meninggal dunia.


#3 Gelagat Si Meow Bikin Cair

Siapa yang tak cair bila ada watak kucing dalam filem.

Melihat telatahnya yang nakal tu saja dah buat kita geram.

Anda akan rasai semua itu menerusi filem Chomel ini.

#4 Penampilan Istimewa Pelakon Hebat

Chomel bukan saja menampilkan Zahiril, malah ia dibarisi dengan pelakon handalan lain.

Antaranya termasuklah Azizah Mahzan, Aziz M. Osman, Adibah Noor, Douglas Lim, dan Gavin Yap.

Tidak dilupakan pelakon muda Airiezara Jasmin, Yuyun Hikmah dan finalis Hero Remaja 2020 Aniq Suhair.

#5 Babak Kekeluargaan Dekat Dengan Penonton

Seriously, penonton akan tersenyum sepanjang menonton filem ini.

Elemen kekeluargaan Chomel cukup kuat dan sangat dekat dengan situasi masyarakat.

Hubungan anak dan bapak, ibu dan anak lelaki dan pelbagai lagi.

Semuanya diadun dalam filem Chomel!

Sekadar info, kisah Chomel bermula apabila seorang kanak-kanak perempuan bernama Mimi berasa kesunyian setelah pemergian ibunya dan keluarganya berpecah-belah.

Mimi tekad untuk menjadi kawan kepada ‘Diva Girlz’ untuk mengisi kesunyiannya, namun gagal. Keadaan berubah apabila Mimi berjumpa Chomel.

Mimi merasakan satu peluang atau jalan untuk dia dapat berkawan dengan Diva Girlz.

Keadaan menjadi rumit apabila ayah Mimi sering kali didesak oleh nenek Mimi (ibu mertua) menuntut hak penjagaan terhadap Mimi dan kakaknya, Nora, disebabkan nenek Mimi merasakan ayahnya tidak mampu menyara masa depan mereka.

Kehadiran si Chomel memberikan harapan Mimi bergelut cuba memperbaiki keadaan keluarga mereka.

Chomel mempertaruhkan gandingan pelakon hebat seperti Pelakon Filem Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 dan Pelakon Harapan Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-22 iatu Zahiril Adzim, Azizah Mahzan bersama pelakon muda Airiezara Jasmin, Yuyun Hikmah, Aniq Suhair.

Selain itu turut menampilkan penampilan istimewa, Aziz M. Osman, Adibah Noor, Douglas Lim, Gavin Yap dan penyampai radio di Era, Zahier Yusoff.

Saksikan filem Chomel yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula esok 24 Jun 2021.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.