Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Betul Ke VR Untuk 'Gamer' Sahaja?

Zulaikha Yusof
17/09/2020 09:48 MYT
Virtual Reality (VR) atau Realiti Maya adalah persekitaran yang dijana oleh komputer. Ia adalah penjelajahan sistem persekitaran Maya 3D.

Bila kita pakai satu peranti khas macam cermin mata ini, kita berada di dunia yang beza padahal kita tak pergi mana-mana pun. Seronok kan?

Tetapi bagaimana VR ini berfungsi? Peranti ini kita namakan VR Headset. Visual akan dipaparkan menerusi Stereoskop 3D. Jadi memang berbeza dengan skrin biasa.

Namun, menjadi persoalan adakah VR hanya untuk penggemar 'game'? Ataupun dia mempunyai fungsi lain yang tidak diketahui ramai orang?

Dari mana datangnya VR dan apa yang boleh anda guna untuk VR? Fungsi VR ni untuk main game je ke? Ketahui bagaimana anda boleh gunakan VR untuk Level Up hidup anda! Kongsikan jawapan trivia korang di ruang komen! Saksikan STEMSASI di Astro Ceria pada setiap hari Rabu , Khamis dan Jumaat pada jam 5 petang dan di TVIQ pada setiap hari Sabtu dan Ahad pada jam 11 pagi! #STEMsasi #LEVELUP #AstroCeria

A post shared by Astro Ceria (@astroceria) on


Untuk mengetahui jawapannya, penonton akan bersama Wafiy yang memegang watak utama suara sepanjang tiga minit.

STEMsasi merupakan siri pertama di Malaysia yang bertujuan untuk mengajar dan meningkatkan kesedaran tentang STEM serta trivia yang tidak termasuk dalam silibus akademik.

Episod dalam siri ini mempunyai pengetahuan praktikal untuk membantu meningkatkan kehidupan harian melalui Sains dan Teknologi di samping mempelajari kemahiran baru yang menyeronokkan seperti animasi!

Mulai 16 September ini, STEMsasi akan disiarkan pada setiap hari Rabu hingga Jumaat di Astro Ceria saluran 611 HD dan 631 SD serta Astro GO.

BACA: WiFi Bukan Sekadar Untuk Sambungkan Internet

#VR #STEMsasi #Gamer
;