Pelakon Amyza Aznan mendedahkan dia cedera ringan selepas alami kemalangan ketika penggambaran sebuah drama.

Amyza menganggap apa yang berlaku itu adalah musibah gara-gara dialog yang diungkap banyak mengeluarkan kata-kata kesat.

“Nah hambek, gara-gara jadi budak sekolah umur 17 tahun. Hari pertama dah musibah.

“Sebab tu saya sangat takut bila dapat skrip yang banyak menggunakan ayat sial, musibah dan binatang.

“Betulah kata-kata adalah satu doa. Drama ni agaknya nak menang award lagi tahun ni kut...” katanya.


Amyza berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya

Menerusi perkongsian itu dia memuat naik foto kakinya yang luka.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan agar pelakon itu segera sembuh.

Nah hambek... gara2 jadi budak sekolah umur 17 tahun. Hari pertama dah musibah ? Dlm skrip #sebelumpulang mmg bnyk dialog2 yg ...... bahaya disebut berulang kali, jerana ianya satu doa. Sbb tu kak kaaia sangat takut bila dpt skrip yg bnyk menggunakan ayat..sial...musibah..binatang. betul la kata2 adalah satu doa. Drama ni agaknya nak menang award lagi tahun ni kut... @badehjazmi @nad.zainal @jalaludinhassan @zarihahhassan

A post shared by KAAIA (@amyzaaznankaaia) on