Laman Utama

“Betul Macam Yang Dikata, Sekali Gugur Senang Nak Lekat” – Isteri Hamil, Dr. Say Bakal Timang Anak Kedua

gempak
Mya Amri
16/02/2021
03:20 MYT
Sponsor Banner
“Betul Macam Yang Dikata, Sekali Gugur Senang Nak Lekat” – Isteri Hamil, Dr. Say Bakal Timang Anak Kedua
Pengacara Tanya Doktor, Dr. Say Shazril berkongsi berita gembira apabila isterinya Dr. Azura Abbas disahkan hamil anak kedua.
Dr. Say memaklumkan perkara itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Bagaimanapun Dr. say menjelaskan dia berkongsi perkara itu selepas isterinya berjaya melepasi fasa awal kehamilan.
“Masa sebulan bini missed period dan positive urine pregnany test, ikutkan hati nak saya kongsi kat satu dunia berita baik ni.
“Tapi pengalaman dan kesedihan keguguran lepas mengajar saya untuk bersabar (tambahan bini sekeras-kerasnya larang saya kongsi kat socmed).
“Lepas tiga bulan menahan, hari ini untuk julung kalinya kami pergi scan dengan pakar sakit puan kami (sebelum tu kami scan sendiri2 ja).
“Kelihatan sihat dan lincah bergerak kandungan bini. Terukir senyuman luas pada muka saya dan bini.
“Tiga bulan lepas keguguran, kami berjaya menimang cahaya mata baru ni. Betul lah macam apa yang kalian katakan ‘sekali gugur, senang nak lekat’.
“Yang ini memang kami tak rancang. Alhamdullilah lekat. Keluar dari klinik tadi tak sempat saya nak minta izin bini, terus dia cakap “you nak bagitahu satu dunialah tu kan?”. Saya tersenyum malu, tapi mahu!” coretnya.
Bercerita mengenai jantina, Dr. Say memberitahu tidak kisah sama ada lelaki atau perempuan asalkan isteri dan bayi di dalam kandungan sihat.
“Alhamdullilah peeps! ADIK ACE IS CURRENTLY IN THE MAKING! Tiga bulan yang genting telah berlalu.
“Masih tinggal tujuh bulan. Tolong doakan kandungan kami ni sihat sejahtera. Kali ni alahan bini kuat sikit berbanding kehamilannya sebelum ni jadi kena jaga kesihatan dia sikit.
“Saya tahu ampa mesti ingin tahu jantinanya. Tak kisah apa jua jantina yang penting kali ni #TeamDaddy #SayJr!” tulisnya.
Dr. Say dan Azura berkahwin pada 30 Mac 2014 dan menimang cahaya mata lelaki, Aezreil pada 5 Mac 2019.
Sebelum ini, Azura dilaporkan mengalami keguguran selepas kandungan berusia 12 minggu pada tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live