Laman Utama
"Betul Ramai Nak Saya Masuk GV, Tapi..." - Farhan AF Terkejut Namanya Paling Disebut-Sebut!
Penyanyi berbakat besar Farhan Azian akui namanya kini antara yang paling disebut-sebut oleh peminat untuk memasuki pertandingan program popular Gegar Vaganza (GV) pada musim seterusnya.
Farhan yang juga bekas bintang Akademi Fantasia (AF) musim keempat itu berkata, dia sentiasa terbuka sekiranya diberi peluang.
Walau bagaimanapun, masuk atau tidak, keputusan bukanlah di tangannya dan dia tidak mempunyai jawapan mengenai isu tersebut.
"Saya akui ramai text saya nama Farhan di mana-mana baik Facebook atau Instagram.
"Nama saya trending terutama ketika membuat persembahan di program All Together Now (ATN), orang cakap-cakap Farhan AF, Farhan AF.
"Tak masuk GV lagi, orang dah cakap tertunggu-tunggu. Tapi saya tak ada jawapan tu, semua ada pada produksi.
"Saya hanya boleh mengharap saja," katanya.
Jelasnya, sekiranya dipilih, dia tidak menolak kemungkinan untuk menerima tawaran tersebut kerana menyanyi adalah minatnya.
"Yes of course saya terbuka, menyanyi itu satu daripada saya punya minat.
"Saya juga perlu tunjukan bakat terutama pada golongan muda, sebab golongan sebelum ni dah kenal dah Farhan.
"Saya nak more, nak lagi saya punya karier. Tipu la oh sebenarnya saya tak nak.
"Dalam nyanyian ni saya tak puas lagi, saya nak tunjuk semua saya punya nyanyian," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Hari Usahawan Negara (HUN) 2022.
Pada majlis berkenaan, satu platform atas talian diwujudkan bagi mempromosikan produk usahawan kecil dan sederhana (IKS).
Platform itu adalah aplikasi dan laman sesawang secara atas talian bagi membolehkan jualan secara terus kepada pelanggan.
Majlis pelancaran dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Tan Sri Noh Omar yang bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Isnin lalu.
Sekadar info, Linda Nanuwil menjadi bintang AF pertama yang menyertai Gegar Vaganza iaitu pada musim ketujuh (GV7).
Pada musim berkenaan, Linda menduduki tempat kelima, sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000 serta piala.
Must-Watch Video