HIBURAN
“Betul, Sendu Dah… Sebab Tu Buat Video Dengan Daddy Ash” – Zarina Anjoulie
Pelakon kontroversi, Zarina Anjoulie sekali lagi mencuri perhatian selepas tampil menjawab soalan ‘panas’ netizen menerusi sesi siaran langsung di media sosial.
Dalam sesi tersebut, Zarina atau lebih mesra disapa Anju berkata dia mengaku bahawa dirinya kini sudah tidak popular dan sering menerima kecaman.
undefined
“Yang benci saya, selalu kecam saya, jadi saya datang sini bawa diri buat video dengan Daddy Ash.
“Betul, sendu. Anju memang dah sendu. Sebab tu Anju buat video, harap korang support siapkan RM300,” katanya.
Namun, kata-kata Zarina itu menimbulkan tanda tanya sama ada ia sindiran, gurauan atau benar-benar serius.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan bimbang dengan kenyataan tersebut.
“Rasa sedih la Ya Allah.
“Tah pape bawa diri jauh terpesong. Dia orang macam mencabar Allah takut tengok.
“Dah sendu akhirnya pilih jalan gini. Lantak kau lah Anju. Siapa yang support lagi tahulah. Fikir-fikir lah akhirat tu haa,” komen beberapa netizen.
Bagaimanapun, ada juga yang beranggapan ia sekadar strategi pemasaran dan bukanlah sesuatu yang serius.
“Ayat dia macam menganjing je… rasa tak betul pun ni.
“Betul tu, rasanya ni cuma colab untuk buat iklan/marketing,” komen beberapa netizen.
Terdahulu, nama Zarina kembali menjadi bualan selepas memuat naik video bersama individu dikenali sebagai Hot Daddy.
Menerusi rakaman tersebut, Zarina dilihat berbual bersama beberapa wanita di dapur, namun kemunculan Hot Daddy dalam video itu menarik perhatian ramai memandangkan figura berkenaan sebelum ini pernah menjadi buruan polis kerana dikaitkan dengan aktiviti tidak bermoral.
Malah, Zarina juga berkongsi beberapa foto mesra bersama Hot Daddy di laman sosialnya sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai hubungan mereka.