Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Betul Sunnah Mujarab Tapi…” - Netizen ‘Sound’ Zul Yahya Isu Habbatus Sauda & Madu Adalah Vaksin

Hanafis Haris
24/02/2021 00:50 MYT

Kenyataan bekas pelakon Zul Yahya berhubung isu agama terus menjadi perhatian warga maya apabila ramai yang masih tidak berpuas hati.

Jika sebelum ini Zul mencetuskan perdebatan ramai mengenai tindakan memberhentikan anak sekolah demi beri pendidikan agama, kini muncul pula isu vaksin.

Menerusi posting terbaru Zul di Instagram, dia menyatakan umat Islam sudah lama memiliki vaksin.

“Dah begitu lama umat Islam memiliki vaksin yang bukan sekadar mencegah tapi mampu menyembuhkan.

“Habbatus Sauda dan madu tapi tak yakin dengan sunnah, lebih yakin dengan perubatan lain yang belum tentu jaminannya.

“Bukan madu tiga ya,” katanya.

Kenyataan itu terus mengundang pelbagai reaksi yang kebanyakannya cuba menasihati pelakon itu untuk mengubah fahaman berkenaan.

Ada yang menganggap perspektif dan fahaman pelakon itu agak sempit dan tidak meluas.

“Simple je bang, jangan melihat dengan pandangan lalat, semua nampak busuk. Berlapang dada la wahai Zul Yahya”

“Betul tak nafikan sunnah Rasullulah sememangnya mujarab, tapi janganlah kita ketepi sunnah yang lain. Islam itu luas”

“Amalkan dua-dua, seimbang sunnah dan sains,” tulis beberapa warga maya.

Anda boleh lihat posting tersebut di bawah.

A post shared by Zul Yahya (@zulyahya70)

Terdahulu, Zul berkongsi pandangannya untuk tidak meneruskan persekolahan anak-anaknya di Instagram dan Facebook hingga mencetuskan pelbagai keraguan dan provokasi.

Mengambil contoh daripada dirinya sendiri yang tidak punyai sijil persekolahan, Zul menegaskan rezeki akan mencurah-curah sekiranya tidak putus usaha.

BACA : Bandingkan Sijil Degree Dengan Dajjal, Zul Yahya Berhentikan Anak Sekolah


#Viral #Madu #Vaksin #Zulyahya
;