HIBURAN
“Betul-Betul Buang Mak Dia, Level Macam Anjing Kurap Dah…” - Ibu Anna Jobling Menangis, Dakwa Terima Layanan Buruk Anak
Ibu kepada pelakon, Anna Jobling iaitu Ariz Arop tidak dapat menahan air mata selepas mendakwa dirinya diperlakukan dengan hina oleh anaknya sendiri.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di Instagram Story itu Ariz mendakwa hubungan mereka kini renggang dan menuduh Anna melayannya secara tidak wajar selepas bergelar selebriti terkenal.
“Adik dah famous, jangan lupa diri. Famous jangan terlalu lupa diri. Dia betul-betul buang mak dia. Dia ingat walaupun dia bagi duit, dia boleh layan saya macam ni,” katanya.
Dalam pada itu, Ariz turut mendakwa dirinya kini diperlakukan seperti ‘anjing kurap’ walaupun telah banyak berkorban demi membesarkan anaknya itu.
“Saya level macam anjing kurap dah. Saya bergolok-bergadai, bawa kereta, jual segala barang kemas dan macam-macam lagi.
“Tapi tak ada. Kita nak harap anak kita senang, bolehlah tumpang senang. Harapkan kebaikan seorang mak, macam ni dia buat,” katanya.
Menurutnya, pertengkaran yang berlaku antara mereka berpunca daripada banyak perkara yang tidak memuaskan hati kedua-dua pihak.
“Tak ada apa-apa malam ni. Gaduh, gaduh je. Gaduh sebab banyak benda dia tak puas hati.
“Tak puas hati saya, tak puas hati dengan dia. Tapi… saya punya hina tu, dia boleh panggil peguam datang, keluarkan saya daripada kereta macam saya nak bunuh dia,” katanya.
Pada Ahad lalu, Ariz turut memuat naik foto berada di balai polis sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.
Difahamkan, ibu kepada pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu mendakwa Anna tergamak melakukan perintah injunksi terhadapnya.
Must-Watch Video