Hiburan

Beyonce Bantu Pemain Tenis Bangkit Dari Depresi

gempak
Kamaruddin Razal
06/01/2020
15:01 MYT
Sponsor Banner
Beyonce Bantu Pemain Tenis Bangkit Dari Depresi
Ketika sensasi tenis Jepun, Naomi Osaka, masih kemurungan dan berduka cita selepas kekalahannya kepada Belinda Nebcic, ada satu insiden yang membangkitkan semula semangatnya.
Osaka mendedahkan dia berasa sungguh teruja selepas terjumpa idolanya, penyanyi Beyonce dalam satu pertemuan yang tidak disangka, lapor Astro Awani.
Pemenang Grand Slam dua kali itu, yang akan cuba mempertahankan gelaran juara Terbuka Australia bulan ini, berkata dia terserempak dengan Beyonce dan suaminya Jay-Z sewaktu di luar musim perlawanan.
“Saya terserempak dengan Beyonce. Bau Beyonce sangat mewah. Dia begitu lembut dan dia memeluk saya. Saya rasa seperti ‘inilah syurga’,” ujarnya seperti yang dilapor laman web WTA.
Osaka pada waktu itu baru saja tewas kepada jaguh tenis Swiss, Bencic, dalam pusingan keempat US Open, sekali gus terpaksa melepaskan gelaran Grand Slam miliknya.
"Dia (Beyonce) berbual dengan saya, dan dia katakan bahawa dia bangga pada saya. Saya terfikir, wow, itulah momen paling penting. Saya tidak rasa kita sedar tentang apapun kebaikan yang boleh kita capai.
“Saya sangat murung selepas saya kalah dalam perlawanan itu, namun itu membuatkan saya memikirkan tentang impaknya.
“Pengalaman itu sangat membuka minda. Walaupun itu salah satu daripada kekalahan teruk saya ketika cuba mempertahankan gelaran, ada sesuatu yang baik boleh terjadi selepas itu.
“Ada beberapa perkara yang saya perlu sedar bahawa ia di luar kemampuan dan kawalan saya, terutamanya yang telah berlalu. Maka. Saya perlu mengingatkan diri saya supaya tidak perlu kesal dengan apa sahaja,” ujar pemain berusia 22 tahun itu yang pernah menewaskan Serena Williams dalam perlawanan akhir US Open 2018.
Osaka kini bersedia untuk memberikan tentangan hebat dalam perlawanan sulung tahun 2020 di Brisbane saat berdepan Maria Sakkari, pada Selasa.
Tambahnya, memiliki tenaga positif dan mental yang jelas sangat penting, dan itulah yang dilakukannya sepanjang musim tanpa perlawanan ini.
"Saya rasakan 2019 sebagai tahun yang panjang dan saya telah berdepan cabaran dan ujian. Sekarang saya di sini dan semuanya terasa padat. Saya kembali belajar tentang diri sendiri,” ujar Osaka.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live