Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Beyonce Puja Syaitan & Amalkan Ilmu Hitam?

Amri Hassan
07/07/2020 11:16 MYT
Penyanyi terkenal antarabangsa Beyonce digosipkan telah memalsukan identiti sebenarnya yang bukanlah berketurunan Africa-Amerika.

Menerusi akaun Twitter milik KW Miller menyebut nama sebenar Beyonce ialah Ann Marie Lastrassi.

"Dia sebenarnya berketurunan Itali dan nama sebenarnya Ann Marie Lastrassi. Dia telah memalsukan nama sebenarnya untuk popular.

Lebih dahsyat, dakwa akaun itu Beyonce seorang pemuja syaitan.

Malah, katanya lirik lagu nyanyian Beyonce, Formation mengandungi kod tersembunyi dan simbol khas bagi pemuja syaitan.

"Lagu ini menjadi bukti nyata dia seorang pemuja syaitan dan termasuk salah seorang anggota dari gereja penyembah syaitan di Alabama dan Louisiana," tulisnya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Bagaimanapun, ciapan Miller itu mendapat kecaman netizen apabila menganggap ia sekadar cubaan untuk mencari populariti dan tidak berasas.

Miller merupakan seorang ahli politik di Florida dan terlibat dalam perusahaan infrastruktur, tenaga dan bidang kewangan.

Sebelum ini, Beyonce pernah dituduh melakukan amalan sihir dan ilmu hitam oleh bekas pemain drum, Kimberley Thompson.

Malah, Beyonce didakwa pernah membunuh kucing peliharaaan Thompson dan menyebabkannya putus punca pencarian serta gagal bercinta.


#Beyonce #Sihir #Puja Syaitan