Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Beyonce Tunai Impian Remaja Penghidap Kanser Tahap Empat

Syafiqah Jalal
23/03/2017 14:00 MYT
Penyanyi popular Beyonce menunaikan hasrat seorang pesakit kanser untuk bertemunya semalam.

Seorang remaja perempuan bernama Ebony Banks yang juga penghidap penyakit kanser tahap empat dikatakan telah menghabiskan kebanyakan masanya di hospital dan berhasrat untuk berjumpa penyanyi kegemarannya, Beyonce.

Untuk merealisasikan impian Ebony, keluarga dan teman karibnya mula mengadakan kempen menunaikan cita-cita kanak-kanak tersebut bertemu Beyonce.

Mereka mula berkongsi hasrat Ebony di laman sosial Twitter dengan mewujudkan hashtag #ebobmeetsbeyonce dan mula mendapat perhatian orang ramai dengan ribuan perkongsian.

Impian pesakit kanser itu menjadi kenyataan selepas Beyonce menyedari tentang perkara tersebut dan membuat panggilan video.

Menerusi penggilan video tersebut Beyonce telah mengucapkan kata-kata semangat selain mengucapkan 'I love You’.

Ahli keluarga dan rakan-rakan Ebony juga turut terharu dengan keprihatinan penyanyi hebat itu yang sanggup meluangkan masa untuk Ebony.

“She's like my everything and my idol. And if I ever met her, I would probably pass out,” kata Ebony teruja selepas bertemu dan berbual dengan idolanya itu.

Di sini kami kongsikan panggilan video Beyonce dan Ebony Banks.



Olahan : Izzat Ridzwan
Sumber : Usmagazine.com
#Hollywood #Beyonce #Hollywood
;