Beza 17 Tahun Bukan Penghalang! Harris Alif & Intan Ladyana Kahwin 6 Februari Ini
Zulaikha Yusof
05/01/2021 06:55 MYT
05/01/2021 06:55 MYT
Penyanyi Harris Alif, 21 dan pelakon Intan Ladyana, 38, mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada 6 Februari 2021.
Bakal disatukan di sebuah masjid di ibu kota, Kuala Lumpur, Harris dan Intan tidak dapat menyembunyikan kegembiraan untuk beralih ke fasa perkahwinan.
“I saw that you were perfect and so I loved you. Then I saw you were not perfect and I love you even more," kata Harris.
Manakala, Intan yang sedang berbunga hati akui yang dirinya tidak pernah mencintai lelaki lain seperti dengan Harris.
“Started to love you, I realized that I have never loved anyone like this before,” ucap Intan.
Pasangan yang berbeza usia 17 tahun ini berkongsi perkara tersebut ketika pengumuman istimewa yang dibuat secara maya, sebentar tadi.
Mengimpikan hari bahagia yang bermakna, pasangan sejoli ini akan diraikan dengan empat majlis iaitu malam berinai, majlis pernikahan, resepi, dan majlis bertandang.
Kisah percintaan Intan menjadi perhatian selepas Harris terbuka berkongsi mengenainya.
Harris yang juga juara pertandingan Idola Kecil musim ketiga buat kali pertama berkongsi gambar berdua menerusi laman Instagram (IG) pada 6 Mei lalu.
Harris telah merisik Intan pada Julai 2020.