Laman Utama

Beza 30 Tahun! Marc Anthony Bertunang Dengan Miss Universe Paraguay, Peminat Ungkit Kisah Lama Dengan JLo?

Amri Hassan
16/05/2022
03:58 MYT
Penyanyi Marc Anthony mengumumkan telah bertunang dengan pemenang Miss Universe Paraguay 2021, Nadia Ferreira.
Bagaimanapun, pengumuman itu menjadi bualan netizen apabila beza usia mereka 30 tahun.
Marc, 53, dan Nadia, 23, mulai berpacaran sejak tiga bulan lalu sebelum akhirnya mengesahkan hubungan mereka menerusi hantaran di Instagram.
Marc berkongsi sekeping foto di Instagram Stories sambil berpegangan tangan dan menayangkan sebentuk cincin yang dihadiahkan kepada Nadia.
Cincin yang berwarna hijau zamrud yang ditatahkan dengan dua batu permata rekaan Mike Fried itu dianggarkan bernilai lebih daripada setengah juta dolar (RM2.1 juta).
Terdahulu, Marc dan Nadia meluangkan masa bersama-sama kenalan mereka sambil bercuti di Miami.
Selain daripada perbezaan usia yang ketara antara mereka berdua, peminat juga kembali berbicara mengenai bekas isteri Marc yang juga bintang popular Hollywood, Jennifer Lopez.
Imej yang mengundang kontroversi itu diungkit semula ketika Marc mencacah tatu pada jarinya yang melambangkan cincin perkahwinan ketika mengahwini Jennifer Lopez pada 2004.
Itu bukan satu-satunya tatu yang dicacah demi Jennifer, Marc juga pernah mencacah tatu nama Jennifer di pergelangan tangannya. Bagaimanapun selepas berpisah, penyanyi My Baby You itu cuba menutup tatu itu dengan rekaan lain.
Jika Marc dan Nadia, ia merupakan perkahwinan pertama ratu cantik itu dan akan menjadi perkahwinan keempat Marc yang sebelum ini pernah bersama Miss Universe Puerto Rico 1993, Dayanara Torres, Jennifer Lopez dan model Venezuela, Shannon de Lima.
Menerusi perkahwinan bersama Dayanara pada 2000, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Cristian Marcus Muñiz, 21, dan Ryan Adrian Muñiz, 19.
Bersama dengan JLo, mereka dikurniakan kembar Maximilian David Muñiz dan Emme Maribel Muñiz yang kini berusia 14 tahun.
Untuk rekod, pada 1994, Marc dan pasangannya, Debbie Rosado menimang cahaya mata sulung, Ariana yang kini berusia 28 tahun dan mengambil anak angkat lelaki Chase setahun kemudian.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ruhainies Nafi Bertunang Dengan Aliff Aziz - "Itu Dah Merepek"

gempak
03/07/2024
05:15 MYT
Pelakon Ruhainies menyifatkan dakwaan dirinya akan bertunang dengan Aliff Aziz sebagai tuduhan tidak berasas.
Hiburan

Ayu Ting Ting Sahkan Putus Tunang Dengan Tentera: “Allah Menjaga Saya…”

gempak
02/07/2024
01:25 MYT
Ayu Ting Ting akhirnya memberi kenyataan tentang spekulasi hubungan pertunangan dengan Lettu Muhammad Fardhana yang sudah berakhir.
Hiburan

Tunang Padam Foto Bersama, Ayu Ting Ting Gagal Tamat 10 Tahun Zaman Janda?

gempak
01/07/2024
12:55 MYT
Dunia hiburan Indonesia terutama dalam kalangan peminat Ayu Ting Ting terus berteka-teki selepas penyanyi tersebut masih belum memberi sebarang kenyataan mengenai gosip hubungan bersama tunang, Muhammad Fardhana yang didakwa sudah berakhir.
Hollywood

Ariana Grande Mahu Makan Malam Dengan Pembunuh Bersiri, Disifatkan Sakit Otak

gempak
30/06/2024
21:51 MYT
Penyanyi Ariana Grande meluahkan keinginan keluar makan malam bersama salah seorang pembunuh bersiri paling kejam dunia jika berpeluang berbuat demikian.
Filem

Malaysia Mendunia! Kuala Lumpur Jadi Lokasi Penggambaran Filem Marvel Thunderbolts

gempak
28/06/2024
08:07 MYT
Negara Malaysia dikatakan terpilih menjadi lokasi filem adiwira terbaharu Marvel, Thunderbolts.