Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Beza Kat Lesung Pipit Je…Kalau Tak Dah Sama Dah!” – Berkepala Botak, Sweet Qismina Disamakan Dengan Safiey Illias!

Fiza Kamarudin
07/04/2020 01:54 MYT
Posting terbaru pelakon Sweet Qismina di laman sosial Instagram (IG) mengejutkan ramai peminatnya apabila memuat naik foto berkepala botak licin.

Walaupun ramai yang meneka penampilan Sweet itu adalah untuk salah satu drama lakonannya, ada juga peminat tertipu dan meluahkan rasa sedih kerana pelakon kesayangan mereka mengorbankan rambutnya yang ikal.

Namun tidak kurang juga yang menyamakan wajah Sweet seiras usahawan kosmetik Safiey Illias ketika berkepala botak.

Tidak lama selepas itu, Sweet memuat naik foto yang sama tetapi yang sudah disunting dengan meletakkan gambar Safiey Illias di sebelah.

Foto tersebut mendapat perhatian hampir 53,000 pengguna laman sosial IG dengan hampir 500 komen.
Antara komen yang menarik perhatian ialah, hanya lesung pipit membezakan wajah Sweet dan Safiey.

Rata-rata pengikut Sweet di laman sosial terhibur dengan posting dibuat dan menyebut memuat naik foto ‘rare’ adalah antara aktiviti popular dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


#Botak #Sweet Qismina #Safiey Illias