Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menjelaskan keadaan sebenar berhubung isu beliau menaiki pesawat peribadi bersama Timbalan Perdana Menteri yang juga isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Tindakan itu dibuat selepas tular gambar beliau bersama isteri dan dua anak perempuannya, Nurul Hana dan Nurul Iman tiba di Kota Bharu menaiki pesawat milik kerajaan.

Tujuan kunjungan deligasi itu untuk menghadap bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid di Istana Mahkota Kubang Kerian, Kelantan malam tadi.

"Pagi ini menaiki pesawat komersial biasa dari Subang ke Pulau Pinang. Tidak ada pesawat khas.

"Beza antara tugas rasmi iringi TPM, dan tugas rasmi peribadi," tulis Anwar di laman sosial Instagram hari ini.

Pagi ini menaiki pesawat komersial biasa dari Subang ke Pulau Pinang. Tidak ada pesawat khas. Beza antara tugas rasmi iringi TPM, dan tugas rasmi peribadi.

A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my) on


Sementara itu, ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar turut mengesahkan kunjungan ke Istana Kelantan malam tadi merupakan jemputan rasmi untuk mereka sekeluarga.

“Itu merupakan jemputan rasmi Istana yang menjemput Wan Azizah sekeluarga.

“Sikap pimpinan lama tidak akan berulang, menggunakan jet untuk bercuti dan keperluan peribadi,” jelasnya di akaun Twitter hari ini.

Dalam pada itu, Wan Azizah sekeluarga melakukan kunjungan hormat mengadap Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra, bonda dan ayahanda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Anis Tengku Hamid dan Sultan Ismail Petra Ibni Al Marhum Sultan di Istana Mahkota.



Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @anwaribrahim_my