Penyanyi Cher, 76, mempertahankan hubungan istimewa yang terjalin antara dia dan eksekutif muzik, Alexander Edwards, 36, sungguhpun berjarak usia 40 tahun.
Menerusi balasan-balasan yang ditinggalkan oleh peminat di Twitter, ramai yang mempertikaikan niat sebenar Alexander terhadap ikatan istimewa yang baru sahaja dikatakan terjalin bersama Cher.

“Seperti yang kita semua tahu, saya bukanlah baru dilahirkan semalam… Apa yang pasti, tiada jaminan.
“Setiap kali kamu membuat keputusan, kamu mengambil risiko. Saya jenis yang selalu ambil risiko. Inilah diri saya,” katanya.
Cher menerima pertikaian daripada peminat dan netizen selepas memuat naik gambar Alexander di Twitter dan meletakkan emoji hati pada ruangan ciapan.
Selain itu, Cher turut menjawab rasa bimbang orang ramai mengenai jarak usia yang dianggap terlalu jauh.
“Cinta tidak mengenal matematik, cinta melihat,” katanya menerusi satu ciapan yang kini sudah dipadamkan.
Dalam pada itu, Cher turut berkata: “Saya tidak mempertahankan kami. Pembenci akan terus membenci. Tidak kiralah kami dalam keadaan gembira dan tidak mengacau orang lain,” tulisnya.
Haven’t You Got Anything Else 2 Do⁉️
Let Me Explain…I DONT GIVE A✈️FK WHAT ANYONE THINKS