Beza Usia 40 Tahun, Cher Pertahan Hubungan Istimewa Dengan Lelaki Muda - “Cinta Tak Kenal Matematik…”
Izwan Isa
08/11/2022 15:50 MYT
08/11/2022 15:50 MYT
Penyanyi Cher, 76, mempertahankan hubungan istimewa yang terjalin antara dia dan eksekutif muzik, Alexander Edwards, 36, sungguhpun berjarak usia 40 tahun.
Menerusi balasan-balasan yang ditinggalkan oleh peminat di Twitter, ramai yang mempertikaikan niat sebenar Alexander terhadap ikatan istimewa yang baru sahaja dikatakan terjalin bersama Cher.
“Seperti yang kita semua tahu, saya bukanlah baru dilahirkan semalam… Apa yang pasti, tiada jaminan.
“Setiap kali kamu membuat keputusan, kamu mengambil risiko. Saya jenis yang selalu ambil risiko. Inilah diri saya,” katanya.
Cher menerima pertikaian daripada peminat dan netizen selepas memuat naik gambar Alexander di Twitter dan meletakkan emoji hati pada ruangan ciapan.
Selain itu, Cher turut menjawab rasa bimbang orang ramai mengenai jarak usia yang dianggap terlalu jauh.
“Cinta tidak mengenal matematik, cinta melihat,” katanya menerusi satu ciapan yang kini sudah dipadamkan.
Dalam pada itu, Cher turut berkata: “Saya tidak mempertahankan kami. Pembenci akan terus membenci. Tidak kiralah kami dalam keadaan gembira dan tidak mengacau orang lain,” tulisnya.
Ketika peminat bertanya adakah benar Alexander merupakan kekasih baharunya, Cher hanya memberikan respons berupa emoji hati dan senyuman.
Cher turut mendedahkan yang rasa cinta mula berputik antara dia dan Alexander ketika dia bertemu lelaki berkenaan di Minggu Fesyen Paris baru-baru ini.
Kemudian, pasangan tersebut dilihat berpegang tangan ketika mereka berada di West Hollywood minggu lalu.
Alexander yang merupakan mempunyai anak lelaki berusia 3 tahun, Slash bersama bekas kekasih Amber Rose itu turut dilihat mencium tangan Cher ketika sedang berada dalam kereta.
Untuk rekod, Cher pernah berkahwin dengan Sonny Bono pada 1964 dan bercerai pada 1975. Kemudian memilih untuk berkahwin dengan Gregg Allman pada tahun sama dan bercerai empat tahun kemudian.
Cher memiliki dua cahaya mata menerusi dua perkahwinan itu, Chaz (bersama Bono) dan Elijah (bersama Gregg Allman).
Sumber: PageSix
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.