Laman Utama

Beza Usia 9 Tahun Bukan Halangan Da’i Syed Nak Nikah Hana Ismail - “Saya Agak Nakal-Nakal Sikit, Dia Pula…”

gempak
Asyikin Mayudin
18/11/2022
00:55 MYT
Sponsor Banner
Beza Usia 9 Tahun Bukan Halangan Da’i Syed Nak Nikah  Hana Ismail - “Saya Agak Nakal-Nakal Sikit, Dia Pula…”
Pendakwah sensasi, Da’i Syed mendedahkan hatinya terpikat dengan sifat lemah lembut pengacara TV Hana Ismail biarpun usia mereka sembilan tahun beza.
Mengakui dirinya seorang yang agak ‘nakal’, Da’i Syed berkata sifat tunangnya juga banyak mempengaruhinya untuk menjadi lebih baik.
“Mungkin sifat dia yang buat saya terpikat. Walaupun usia kami beza 9 tahun tapi pemikiran kami sama cuma personaliti saja berbeza. Saya agak nakal-nakal sikit, dia pula lembut. Jadi, sifat dia tu mempengaruhi saya,” katanya kepada Gempak.
Terdahulu, pelakon Datin Sri Umie Aida berkongsi video majlis merisik dan pertunangan Da’i Syed dengan Hana di laman Instagram miliknya.
Bagaimanapun menurut Da’i Syed, majlis tersebut sebenarnya sudah berlangsung pada 23 Oktober lalu dan dia mengambil keputusan untuk berkongsi perkara itu disebabkan mereka bakal bernikah dalam masa terdekat.
“Sebenarnya majlis merisik dan bertunang itu diadakan di 23 Oktober lalu. Sebelum ini kak Umie pernah post tapi dia padam. Sebab waktu itu belum sesuai untuk dikongsikan.
“Sekarang ini barulah bersesuaian untuk umum sebab kami akan berkahwin dalam masa terdekat. Nanti saya akan kongsi dan ajak media ke majlis pernikahan kami.
“Insya-Allah kami akan bernikah di masjid di KL pada pagi manakala majlis resepsi pula akan diadakan di sebelah malam di Subang Jaya,” ujarnya.
Sementara itu, Da’i Syed memberitahu dia mula jatuh cinta selepas bertemu dengan Hana di majlis ilmu yang diadakan di kediaman Umie Aida yang menjadi orang tengah antara mereka.
“Saya tahu kewujudan dia sebagai pengacara TV tapi saya tak pernah berkenalan melalui DM. Boleh katakan kak Umie la menjadi orang tengah perkenalan kami.
“Saya mula jatuh hati dengan Hana semenjak kami bertemu di majlis ilmu yang diadakan di rumah kak Umie. Pertama kali jumpa, perasaan saya rasa lain… rasa seperti ada ‘spark’ antara kami.
“Sejak itu, saya bercakap dekat kak Umie dan Kak Umie yang arrange kan pertemuan kami untuk berkenalan di rumahnya selama sejam,” ujarnya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live