Viral
Biadab! Mural Gergasi Pemimpin Diconteng Dengan Bahasa Kesat
Mural gergasi yang memaparkan pemimpin negara termasuk potret Yang Di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam telah diconteng oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Menerusi ciapan Twitter pemilik akaun @mrjameslabu, memaparkan video berdurasi 14 saat mengenai keadaan mural tersebut selepas diconteng dengan perkataan kurang sopan.
Malah terdapat kata-kata kesat ditulis bersebelahan potret YDPA, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Mural berkenaan dilukis oleh tiga pelukis muda iaitu Muhammad Suhaimi Ali, Mohd Firdaus Nordin dan Abdul Hadi Ramli ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa bulan lalu.
YDPA pernah berkenan mencemar duli melawat mural gergasi berkenaan begitu juga dengan KP kesihatan.
Antara gambar pemimpin di mural gergasi itu termasuk Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Dr Seri Zulkifli Mohamad Al Bakri.
Difahamkan pihak polis telah pun menerima laporan berkaitan perbuatan vandalisme berkenaan dan kes itu sedang disiasat.
Artikel berkaitan
Must-Watch Video