Biadabnya Kelab Malam Remix Azan!
Syafiqah Jalal
05/04/2017 11:00 MYT
05/04/2017 11:00 MYT
Pihak berkuasa Tunisia telah menutup operasi sebuah kelab malam di negara itu selepas memainkan lagu yang mengandungi remix laungan azan.
Sepotong video yang dirakam di kelab malam El Guitone telah tular di media sosial dan Internet sejak hari Ahad lalu sekali gus mendapat kecaman daripada netizen yang berang dengan tindakan terbabit.
Menerusi video tersebut kelihatan sekumpulan pengunjung sedang asyik menari mengikut rentak lagu yang dimasukkan azan.
Menurut Gabenor Nabeul, Mnaouar Ouertani, lagu remix itu dihasilkan oleh seorang deejay dari Eropah dan dimainkan sempena Orbit Festival.
"Selepas mengesahkan berita tersebut, kami memutuskan untuk menutup operasi kelab malam terbabit hingga notis lanjut dikeluarkan," katanya kepada media tempatan.
Tambahnya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan pengurus kelab itu ditahan atas tuduhan pencabulan moral dan kecaman publik terhadap perbuatan melanggar nilai-nilai murni.
Sementara itu, penganjur Orbit Festival telah membuat permohonan maaf berhubung isu tersebut namun enggan bertanggungjawab terhadap penalaan bunyi yang melampau itu.
"Dax J berasal dari Eropah dan pernah memainkan trek yang sama ketika di negaranya namun tidak menyedari bahawa lagu remix itu menyinggung penduduk Muslim," katanya.
Deejay itu juga turut membuat permohonan maaf. Katanya; "Saya dengan rendah hati ingin memohon maaf terhadap muzik yang saya telah mainkan di Orbit Festival Tunisia pada Jumaat lalu. Saya tidak berniat untuk menghina atau menyinggung mana-mana pihak."
Permohonan maaf itu dibuat menerusi Facebook peribadinya namun telah ditutup berikutan ancaman bunuh melampau yang diterima.
Berikut merupakan trek yang pernah digubah oleh salah seorang deejay bernama Kerridge berjudul Black Sun. Dax J didakwa mengambil sample daripada trek itu untuk dimainkan pada Orbit Festival baru-baru ini.
Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: The Guardian