Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Biadap! Suka Hati Bogel Depan Pokok, Wanita Ini Akhirnya Dihalau Oleh…

Hanafis Haris
09/05/2022 01:39 MYT

Tindakan biadap seorang warga asing akhirnya membawa padah apabila dia  dikenakan tindakan pengusiran oleh pihak berkuasa Indonesia.

Difahamkan, wanita warganegara Rusia dikenali sebagai Alina Fazleeva itu bertindak berbogel di pohon suci yang terletak di Kuil Babakan, Kampung Adat Bayan, Bali.

Tindakan itu sekali gus mengundang kemarahan ramai dan memaksa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas.

Menurut laporan media Indonesia keputusan mengenai pengusiran itu diumumkan Ketua Pejabat Wilayah Kementerian Hukum dan Hak Asasi Manusia Bali, Jamaruli Manahuruk melalui satu kenyataan media.

Menurutnya, proses menghantar pulang Alina dilakukan selepas menjalani proses penyiasatan di Sub-Direktorat V Ditreskrimsus Polda Bali. 

“Adalah dirancang Alina Fazleeva sekiranya tiada sebarang masalah, pengusiran akan dilakukan secepat mungkin.

“Alina turut menjalani pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak imigresen Denpasar. 

“Dia didakwa melakukan perbuatan tidak bermoral dengan menyiarkan gambar bogel di akaun media sosialnya.

“Foto itu diambil di kawasan keramat Pohon Purba Beringin di kampung klan daerah Tabanan,” kata Maruli.

Susulan kejadian itu juga, Alina dikatakan telah membuat permohonan maaf dan bersetuju untuk membayar upacara pembersihan. 

 

Sumber: BatamTribunNews


 
#Viral #Bogel #Bali Bogel #Alina Fazleeva