Pelakon dan usahawan Rozita Che Wan berang selepas menerima mesej berbaur lucah daripada pengikutnya.

Menerusi Instagram Stories miliknya, Rozita atau lebih mesra dipanggil Che Ta berkongsi akaun IG individu tersebut yang bernama Mohd Azizie Zizie.

"Jantan tak sedar diri ni dok hantar gambar 'anu' dia yang sedih kat kami," tulisnya.



Tambah isteri kepada aktor Zain Saidin ini, dia akan berkongsi wajah individu yang melakukan perkara tidak senonoh itu kepada khalayak umum.

"Sapa-sapa yang dok direct message (dm) hantar gambar lucah, tunggu aku upload muka dia kat IG!

"Biar 1 Malaysia tau yang hampa tu gila seks!! Sesuai hidup korang!" tulisnya lagi.

Terdahulu, aktres Wan Sharmila turut sama mengalami situasi yang sama malah telah menyekat akaun individu berkenaan.

BACA: "Boleh Tak Kalau I Nak Buat Laporan Polis .." - Wan Sharmila Dedah Sering Terima Mesej Berbaur Lucah

Kini, Che Ta sibuk menjalani penggambaran drama Suri Katriana arahan Pali Yahya.

Selain Che Ta, drama Suri Katriana turut dibintangi pelakon hebat iaitu Ummi Nazeera, Ernie Zakri, Hasnul Rahmat, Zul Huzaimy, Aishah Azman, Nazim Othman, Nadiyaa Nisa dan ramai lagi.

Drama Suri Katriana mula ditayang mulai 29 Oktober 2019 jam 6 petang di Astro Prima (saluran 105) dan Prima HD (saluran 121).