,
Terkini

Biar Ayam Terdedah Lama Di Singki Punca Keracunan Makanan, Ini Tips Defrost Yang Betul

Izwan Isa
22/10/2023
07:50 MYT

Umum mengetahui pempengaruh media sosial bernama Dr Malar sering berkongsi tips mengenai penjagaan kesihatan, perubatan, pengambilan makanan dan pelbagai lagi di laman sosial miliknya kepada umum.

Terbaharu, Dr Malar menerusi laman TikTok menegur sikap sesetengah individu yang melakukan cara nyahbeku ayam yang salah sehingga dikhuatiri akan menyebabkan punca keracunan makanan.

Kata Dr Malar, kebanyakkan orang akan membiarkan daging ayam menjadi lembut di bawah air yang mengalir dalam tempoh masa yang lama. Hal itu menyebabkan bakteria boleh tumbuh dan membiak.

“Bila keluarkan ayam atau daging dan biarkan dalam sinki atau bawah air yang mengalir terlampau lama, ia boleh menyebabkan keracunan makanan.

“Ayam yang lembut terkena air dan berada di luar iaitu suhu bilik lebih daripada empat jam. Ayam yang lembut itu akan menjadi rumah atau pesta untuk kuman serta bakteria membiak dan beranak pinak.

“Ini adalah punca utama kenapa keracunan makanan sering berlaku terutama bila anak kena cirit birit. Sedangkan tidak makan atau beli makanan luar, hanya makan di rumah sahaja,” kongsinya.

Dalam masa sama, Dr Malar turut berkongsi beberapa langkah yang betul untuk nyahbeku daging ayam yang keras selepas di keluarkan daripada peti sejuk.

“Jadi cara untuk nyahbeku (defrost ) ada dua cara yang betul dan selamat. Pertama guna microwave, tekan defroze kemudian settle. Cara kedua, keluarkan ayam daripada tempat beku dalam peti ais dan bawa ke bahagian chiller yang bukan beku.

“Cara lain boleh juga letak bawah air yang mengalir tetapi kena letak cuka dan garam sikit. Ingat semua terutama yang meniaga dan tukang masak jangan biarkan ayam atau daging terlampau lama di luar lebih daripada empat jam dalam keadaan suhu bilik yang panas,” katanya lagi.

Rata-rata wargamaya di ruangan komen mengambil maklum mengenai perkara tersebut selain berterima kasih kepada Dr Malar di atas perkongsian itu.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut menerima 1.4juta tontonan dan 70,000 tanda suka.

BACA: Boleh Ke Makan Kulit Ayam? Boleh Makan Tapi...
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gagal Jawab Soalan Telur Atau Ayam Yang Wujud Dahulu, Lelaki Ini Dibunuh Rakannya

gempak
01/08/2024
23:55 MYT
Kejadian dilaporkan berlaku pada 27 Julai lalu.
Viral

Tikam Mati Kawan 15 Kali Gaduh Persoalan ‘Ayam Atau Telur Keluar Dulu’

gempak
31/07/2024
02:30 MYT
Seorang warga Indonesia menikam rakannya sehingga mati selepas bertengkar mengenai persoalan yang juga menjadi gurauan klasik sepanjang zaman.
Berita

Gara-Gara Makan Hidangan Belut Panggang, 130 Orang Alami Keracunan

gempak
30/07/2024
12:25 MYT
Seramai 130 orang mengalami keracunan makanan selepas memakan hidangan belut panggang yang dijual minggu lepas di sebuah gedung serbaneka di Yokohama dekat Tokyo, pada Isnin.
Viral

‘Blogger Mukbang’ Meninggal Dunia Selepas Lahap Ayam Goreng

gempak
08/07/2024
21:55 MYT
Seorang pencipta kandungan melahap makanan ‘mukbang’ di Filipina meninggal dunia selepas makan ayam goreng bersama nasi, lapor saluran berita TNP kelmarin.
Viral

Sangka Pemuda Kurang Siuman Potong Ayam, Warga Kampung Lari Nampak Daging Manusia Dikerat

gempak
02/07/2024
21:45 MYT
Penduduk di sebuah kampung di Garut, Indonesia digemparkan dengan insiden sadis seorang lelaki kurang siuman membunuh dan memotong bahagian badan rakannya yang juga tidak waras.
BorakSeeni