Penyanyi tersohor negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza kembali bekerjasama dengan jenama Vantage, kali ini tampil dengan set peralatan memasak penggoreng udara iaitu air fryer beserta periuk bertekanan tinggi 2 dalam 1 yang pertama di Malaysia.

Produk eksklusif yang diberi nama Vantage Siti Series 2021 itu bakal dilancarkan mulai 7 Mac ini.

“Saya cukup berbesar hati apabila sekali lagi diberi peluang untuk berkolaborasi bersama Vantage dalam melancarkan set produk eksklusif khas untuk Go Shop dan berkongsi manfaat memasak dengan lebih mudah dan sihat dengan rakyat Malaysia.

“Sejujurnya, saya cukup teruja apabila memasak dengan menggunakan peralatan Vantage kerana produk ini menawarkan kualiti terbaik yang mana secara tidak langsung memudahkan saya untuk menyediakan masakan yang mudah, sedap dan pada masa yang sama berkhasiat untuk keluarga saya.

“Tambahan pula, set pinggan mangkuk Vantage juga direka indah dan membuat pengalaman makan saya pada bila-bila masa lebih seronok. Dengan Vantage, Barulah Ada Gaya!”katanya kepada Astro Gempak.

Siti memperkenalkan produk baharu itu dalam sidang media maya Vantange Siti Series 2021 bersama media secara virtual semalam.

Menariknya produk dalam siri eksklusif ini akan memperlihatkan wajah dan tandatangan Siti Nurhaliza pada permukaan luar dan mana-mana pelanggan yang membuat pembelian akan menerima hadiah percuma dari Go Shop.

Istimewa lagi, kata Siti Nurhaliza produk itu akan menampilkan nyanyian serta suara dari penyanyi itu sendiri.

“Menariiknya, buat pertama kalinya ada alat memasak yang mengeluarkan suara saya. Jadi sambil memasak mereka boleh menikmati hiburan apabila ada lagu ‘jingle’ dari saya yang disertakan,” beritahunya lagi.

Kesemua produk tersebut beserta periuk bertekanan tinggi 2 dalam 1 yang pertama di Malaysia (Siti Smart Pro) bakal diperkenalkan melalui siaran Istana Impian Siti pada 7 Mac ini pukul 9. 00 pagi di saluran Go Shop (Ruuma 118 dan Astro Ria HD (104).

Hanya 3,000 unit sahaja dikeluarkan kerana Vantage mahu ia menjadi produk eksklusif dan terhad.

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Para pelanggan Go Shop boleh menikmati potongan RM38 sehingga 14 Mac 2021 dengan pembelian minima RM380 apabila menggunakan kod STRONG38. Layari Go Shop melalui www.goshop.com.my dan muat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store.

Set lengkap Vantage Siti Series 2021 ini terdapat sebanyak tujuh item. Ia termasuk Vantage Siti Smart Pro iaitu gabungan air fryer dan pressure cooker berharga RM899 dan Vantage Siti Series Jumbo Wok seharga RM299 iaitu kuali bersaiz besar dengan permukaan yang mudah cuci.

Selain itu terdapat juga Vantage Siti Series 3 in 1 Casserole Set iaitu periuk aruhan berharga RM365; set pinggan mangkuk Vantage Siti Roseberry Dinnerware Set sebanyak 20 item yang ditawarkan pada harga RM389; Set teh Vantage Siti Roseberry Teapot Set sebanyak 14 item dijual dengan harga RM299.

Tidak ketinggalan set jag Vantage Siti Roseberry Jug Set pula berharga RM219. Kesemua set tersebut ialah porselin ultra putih berekabentuk roseberry dengan saduran emas.