Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Biar Betul? Era Pinjam RM250 Dari Ah Long Untuk Bagi Pendengar!

Umirah Halim
10/09/2024 06:43 MYT
Berita baik untuk semua pendengar radio Era, kini anda berpeluang untuk memenangi wang tunai RM250 sempena peraduan Baik Punya Ah Long.

BERITA TRENDING: Lerai Spekulasi, Jue Aziz Kembali Bergelar Isteri...

BERITA TRENDING: Johnny Depp Tayang Gigi Baharu Lepas Dikutuk


Caranya cukup mudah, anda hanya perlu menjadi pemanggil terpantas dan beritahu kenapa anda perlukan duit RM250 dengan cara yang paling kreatif.

A post shared by ERA - Muzik Hit Terkini (@era.je)

Tempoh Peraduan: 9 hingga 13 September 2024 (4 pusingan setiap hari, setiap pemenang pusingan berpeluang memenangi RM250).

BERITA TRENDING: “Pakcik Jangan Jerit..” - Pu Riz Terkejut, Sedih Di

BERITA TRENDING: Johnny Depp Tayang Gigi Baharu Lepas Dikutuk


Filem arahan pengarah Datuk Adflin Shauki itu akan ditayangkan di pawagam pada 12 September depan.

Selain Zizan, antara pelakon lain membarisi filem berkenaan ialah Johan, Liyana Jasmay, Adibah Noor, Adlin Aman Ramlie dan ramai lagi.

Sinopsis:

Baik Punya Ah Long mengisahkan tentang dua adik beradik, Aloy dan Ale yang diminta oleh ayah mereka untuk menjalankan perniagaan. Meskipun Aloy dan Ale tidak mempunyai pengalaman, mereka tetap menyahut cabaran ayah mereka. Jadi, wujudlah perniagaan pinjaman wang oleh Aloy dan Ale. Perniagaan mereka telah mengugat Lan Panda dan menyebabkan ketidakpuasan hati. Lan Panda mulakan agendanya untuk menghapuskan Aloy dan Ale.
#Era #Pinjam #Baik Punya Ah Long #dengar #RM250