Hollywood

Biar Betul! Kim Kardashian Ada 6 Jari Kaki?

gempak
Amri Hassan
11/09/2020
02:49 MYT
Sponsor Banner
Biar Betul! Kim Kardashian Ada 6 Jari Kaki?
Entah dari mana tiba-tiba timbul dakwaan mengatakan bintang realiti Kim Kardashian memiliki enam jari kaki pada sebelah kaki kirinya.
Tampil menyangkal dakwaan terbabit, Kim akhirnya terpaksa memuat naik video mempamerkan bahagian jari kakinya itu.
"Semua orang fikir saya ada enam jari kaki, ia sangat pelik.
"Tapi ini bahagian kaki saya yang apabila saya pakai kasut ia seolah-olah tertonjol keluar seperti ada jari tambahan.
"Dalam gambar saya pun tak tahu kenapa ia nampak seperti jari keenam saya. Saya harap dapat menjawab pertanyaan semua," katanya dalam sepotong video yang dimuat naik di Instagram Stories.
Segelintir peminatnya mengandaikan Kim punyai enam jari kaki memandangkan kegagalan beberapa kali suntingan foto untuk sesi penggambaran majalah sebelum ini.
Kim pada awal minggu ini tampil mengumumkan rancangan realiti keluarganya, Keeping Up with The Kardashian ditamatkan selepas 14 tahun bersiaran.
BACA: Keeping Up With The Kardashians Temui Titik Noktah
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024