Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Biar Betul? Lelaki Mengaku Cicit Nabi Muhammad Pernah Terbabit Dengan 6 Kontroversi Ini?

Izwan Isa 18/10/2022 | 09:59 MYT
Hari ini, kecoh kembali di laman sosial mengenai sisatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tentang latar belakang Sayyid Moulay Muhammad Amine El Hasani, yang dikatakan sebagai cicit Nabi Muhammad SAW.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan JAKIM, Sayyid Moulay merupakan seorang individu yang berasal dari Algeria dan mendapat kewarganegaraan Maghribi. Dia yang kini menatap di Fes, Maghribi itu juga dikatakan mendapat kewarganegaraan Perancis.
Dia mendakwa sebagai keturunan Ahli Bait iaitu keturunan Saidina al-Hasan. Latar belakag pengajian tidak dapat dikenalpasti, tetapi dikatakan sering menghadiri majlis ilmu, majlis zikir dan selawat masyayikh serta majlis-majlis ulama di sekitar Maghribi.
Menerusi kenyataan itu, dia juga kerap hadir jemputan dalam majlis-majlis para Habaib di Indonesia.
Maklumat awal mendapati dia dikatakan dan dikaitkan dengan beberapa isu dan kontroversi di Maghribi, namun maklumat awal tersebut tidak dapat disahkan berikutan maklumat amat terhad kerana bukan warganegara Malaysia dan bukan bergerak di Malaysia.
Dalam pada itu, isu-isu yang dikatakan berkaitan dengan seperti mendakwa keturunan ahli bait yang nasab berubah-ubah gelaran iaitu Al-ldrisi, Al-Ouazzani, Al-Alami, penipuan berkaitan duit di Maghribi, penipuan lain terhadap pihak Zawiyah Sidi Kasem ben Rahmoun, Fes, Maghribi dan permasalahan dengan pihak Moulay Zouber Kettan.
Selain itu, dikatakan Kementerian Waqaf menasihatkan kepada para Sheikh di Jami' al-
Qurawiyyun supaya berhati-hati dengan individu tersebut. Para pelajar Asia Tenggara di Fes turut dinasihatken supaya menjauhi penama tersebut.
Menerusi laporan Sinar Harian baru-baru ini, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) menegaskan semua pihak perlu menyemak terlebih dahulu kesahihan latar belakang individu yang mendakwa mereka dari keturunan junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebelum menganjurkan satu-satu program.
Pengarah Jaheaik, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh berkata, langkah itu bagi mengelakkan timbulnya sebarang masalah yang boleh memberikan kesan tidak baik kepada umat Islam di negara ini.
“Hasil semakan yang dilakukan dengan pihak berkuasa di Morocco mendapati wujudnya keraguan terhadap latar belakang lelaki yang mendakwa dia sebagai keturunan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
“Kami menasihatkan pihak berkaitan supaya mendapatkan pengesahan pihak berwajib terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang masalah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Sebelum ini tular di media sosial mengenai pembatalan satu program yang menampilkan lelaki yang mendakwa sebagai keturunan junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam satu majlis maulid di beberapa buah negeri.
Antara negeri yang telah membatalkan majlis tersebut ialah Kedah, Terengganu, Melaka dan Kelantan.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
#Cicit Nabi Muhammad
;