Pelakon Intan Najuwa membuat pengakuan tentang ikatan pertunangan bersama ahli perniagaan Razrul Anwar Rusli sudah terlerai.

Memetik laporan mStar, Intan mengatakan keputusan itu dibuat selepas perbincangan dari kedua-dua belah pihak.

"Hubungan saya dan Razrul sudah berakhir, keputusan dibuat selepas kami berbincang dengan baik. Sudah tiada jodoh dan persefahaman antara kami.

"Apabila sudah berpisah, biarlah kami sahaja yang tahu, saya kongsi perkara ini sebab tak mahu dia terkait dengan saya memandangkan dia pun bukan dari bidang hiburan.

"Saya tak mahu dia terlibat dengan kontroversi berkaitan diri saya, biarlah dia jalani hidup tanpa gangguan," kata Intan.



Dalam pada itu, pelakon drama Kekasih Paksa Rela ini menambah, dia berharap agar semua pihak memahami situasi yang dihadapi oleh mereka berdua.

"Saya mahu bersihkan nama saya dan dia, selain mahu jekaskan situasi hubungan kami sebelum ini.

"Saya harap agar semua orang faham dengan apa yang terjadi," tambahnya.

Terdahulu, Intan dan Razrul melangsungkan pertunangan pada 18 Ogos 2019 di Johor Bahru.

Sumber : mStar