"Biar Mati Daripada Hidup Melutut," - Laman Web Universiti Malaya Digodam Hingga Menyebabkan...

Hanafis Haris
Oktober 18, 2019 09:36 MYT
Belum reda isu seorang graduan melakukan protes, Universiti Malaya (UM) terus dihimpit kontroversi apabila laman web rasminya digodam pihak tidak bertanggungjawab.
Menerusi pemantauan Gempak, laman web di bahagian pembayaran e-pay telah digodam dengan beberapa potongan ayat.
"Biar mati daripada hidup melutut. Jika kata-kata saya mengancam mereka yang berkuasa, biarkan.
"Jika gambar saya mengejutkan orang ramai, itu adalah bagus. Your teeth come down, my sword goes up," katanya.
Anda boleh lihat antara gambar yang sempat Gempak 'screenshot' di bawah.
Walaubagaimanapun, laman tersebut kini tidak boleh diakses sekiranya pengguna klik pada pautan tersebut.
Sementara itu, pantauan di media sosial terutamanya Twitter mendapati isu tersebut telah menjadi perbincangan antara netizen.
Tidak kurang juga ada pelajar yang mengeluh kerana proses pembayaran yuran mereka tergendala kerana isu berkenaan.

https://t.co/Wvlarw6vIC Kena hacked guys.... Abang nak bahar yuran master pun tergendala... Cilakak betul. pic.twitter.com/gee2WqGsvr

— Twt_UM (@twt_um_) October 17, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu kontroversi berkaitan UM tercetus apabila seorang graduan melakukan provokasi dengan mengeluarkan sepanduk bertulis 'Why VC must resign' ketika majlis konvokesyen.
Menerusi rakaman yang viral di media sosial, pelajar itu turut berteriakkan supaya naib canselor meletakkan jawatan.
Susulan daripada kejadian berkenaan, pihak UM telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi selain turut membuat satu laporan polis.
BACA: "Tidak Menghormati Istiadat" - Isu Provokasi Pelajar, Universiti Malaya Buat Laporan Polis
#Viral #Viral #Godam #UM