“Biar Mereka Rasa Pakai PPE!” - Ramai Sokong Cadangan Damian Golongan Kayangan Langgar SOP Didenda Buat Kerja Amal
Fiza Kamarudin
21/05/2021 07:20 MYT
21/05/2021 07:20 MYT
Cadangan penyanyi rap dan komposer Damian Mikhail agar golongan kayangan atau VIP yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) didenda melakukan kerja amal mendapat reaksi positif warganet.
Hantaran yang dimuatnaik Damian menerusi laman sosial Instagram (IG) itu mencadangkan golongan tersebut melakukan kerja amal di hospital, membantu petugas barisan hadapan.
Damian berpendapat golongan kayangan ini bersikap degil kerana wang bukan masalah buat mereka dan mampu untuk membayar kompaun dikenakan.
“Aku sarankan kat kerajaan, mana-mana individu golongan kayangan langgar SOP lebih daripada sekali tak payah saman-saman dah. Duit bukan masalah bagi mereka.
“Lebih bagus bagi diaorang ni pakai baju PPE dan jadikan mereka sukarelawan kat mana-mana hospital tolong ringankan beban para frontliners untuk satu jangkamasa panjang.
“Kasi rasa panas pakai PPE, rasa penat, rasa tengok orang sakit dan kehilangan keluarga mereka depan mata,” katanya.
Cadangan bijak Damian turut mendapat perhatian bekas Menteri Pendidikan yang juga ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik.
“Saya sokong cadangan diberikan oleh Damian Mikhail,” tulis beliau yang berkongsi semula pandangan Damian di laman sosial Twitter.

I second this proposal by Damian...https://t.co/AH81BifwPP
— Maszlee Malik ?? (@maszlee) May 20, 2021
Sementara itu rata-rata pengikut di IG Damian, memberikan sokongan padu dan berharap agar cadangan dikemukakan mendapat perhatian kerajaan.
“Setuju sangat! Disebabkan golongan artis dan kayangan yang riak ni, artis lain yang terpalit kotor sama. Tak adil ya!”
“Setuju.. duduk pusat kuarantin buat kerja kebajikan. Pakai baju PPE. Frontliner pun dah penat, biar mereka take over!”
“Setuju! Community service atleast for 1 month! Bagi doramg ni rasa mcm mana frontliner punya seksa pakai PPE..Sronok sangat rentas sampai dua tiga kali kan…!", antara komen yang ditinggalkan pengikut.