Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

"Biar Muka Tak Handsome, Tak Cantik Yang Penting..." - Idris Khan

Asraf Aided 02/05/2019 | 13:23 MYT
Pelakon popular, Idris Khan berkongsi kata-kata nasihat tentang mencari perkara positif dalam kehidupan.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
Menurut Idris, cara seseorang itu berfikir akan mencerminkan hati yang baik ataupun sebaliknya.
"Biar muka kita tak handsome tak cantik, yang penting hati baik, ajar hati kita untuk nampak kebaikan orang, bukan nampak yang buruk sahaja, apa yang kita nampak mencerminkan hati kita.
"Pilihan di tangan kita, semua orang buat salah, masing-masing ada kekurangan.
"Lihatlah kebaikan, carilah kebaikan, dapatlah kebaikan, sama-sama kita menjadi umat yang menuju ke arah kebaikan," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kata-kata yang ditulis Idris itu.

Biar muka kita tak handsome tak cantik yang penting hati baik, ajar hati kita untuk nampak kebaikan orang, bukan nampak yang buruk jer, apa yang kita nampak mencerminkan hati kita. Pilihan di tangan kita, semua orang buat salah, masing-masing ada kekurangan. Kita semua pendosa, yang berhijab yang tak berhijab, yang berkopiah yang bertopi yang berjanggut yang takde bulu. Sama jer. Kenapa pilih yang buruk dari yang indah? Indah fikiran Indah hati Indah dunia Indah nurani. Lihatlah kebaikan, cari lah kebaikan, dapatlah kebaikan. Sama2 kita menjadi umat yang sentiasa menuju ke arah kebaikan. Korang paham kan maksud aku?? #besarpulakseluarni

A post shared by Idris Khan (@theidriskhan) on

Setelah aktif bergiat sebagai seorang model, Idris memulakan kerjaya lakonannya pada sekitar tahun 2015 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini
#Idris Khan
;