Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

“Biar Orang Kata Saya Penyanyi Lama Tapi Tunduk Dengan Penyanyi Baru, Saya Sanggup Sebab...” – Jamal Abdillah

Fiza Kamarudin 19/02/2021 | 06:35 MYT
Selepas Datuk M.Nasir (Zuhud) dan Datuk Seri Siti Nurhaliza (7 Nasihat), gandingan duo rapper yang juga komposer, Kmy Kmo dan Luca Sickta menampilkan penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah pula dalam single terbaru mereka berjudul Neraca.
Luca Sickta atau nama sebenarnya Shameer Ashraf Shahruddin berkata, dari awal lagi mereka sudah membayangkan Dato’ Jamal Abdillah bagi menyanyikan lagu itu.
“Ketika Kmy buat rakaman demo lagu ini dia menyanyi ala suara Datuk Jamal. Malah, dari awal lagi memang sudah pasang niat alangkah menarik jika Dato’ Jamal dapat menyanyikan lagu ini.
“Tak sangka pula Datuk setuju selepas kami proposed. Kami terus tukar muzik dan masukkan elemen ghazal.
“Sepanjang proses rakaman, Dato’ Jamal sangat mengalu-alukan kami. Kami menjangkakan dia seorang legenda yang ‘diva’, tapi sangkaan kami meleset!
“Tidak ada langsung rasa kekok, sebaliknya dia sangat mudah bekerjasama, profesional dan merendah diri. Sikap yang ditunjukkan itu tidak membuatkan kami rasa takut dan segan,” katanya.
Sementara itu Jamal ketika diminta mengulas mengenai kolaborasinya bersama Kmy dan Luca, akui sangat mengagumi bakat dua anak muda tersebut.
“Bagi saya bakat muda yang lain perlu contohi Kmy dan Luca. Mereka berani beresperimentasi dengan sesuatu yang baru dan ia menjadi!
“Sebelum ini Zuhud dan 7 Nsihat, ia menjadi siualn rama. Saya harap gandingan kami dalam Neraca juga akan digemari oleh pendengar,” katanya.
Jamal sebelum ini yang pernah bergandingan dengan ramai penyanyi baru, tidak kisah jika dianggap tunduk kepada mereka.
“Biarlah orang kata saya penyanyi lama tapi tunduk dengan penyanyi2 baru. Saya tak kira, saya sanggup.
“Bagi saya yang veteran ni, untuk terus berada dalam arus perdana, inilah formula yang perlu diambil.
“Saya masuk studio saya letakkan diri di bawah kerana saya, ‘bekerja’ dengan mereka. Berapa kali Luca betulkan saya sebab dia kata saya sumbang.
“Saya ikut sahaja walaupun saya rasa saya tak sumbang. Tetapi, itu kan lagu dia, kita hormati karya dia dan semestinya dia mahukan yang terbaik.
“Saya hargai pengalaman tersebut. Saya bersyukur dan beberbesar hati dengan karya orang-orang muda ini,” katanya.
Lagu Neraca akan dilancarkan secara rasmi di semua platform penstriman muzik seperti Spotify, Apple Music, Joox, Deezer, KKBOX dan YouTube Music bermula malam ini.
Turut ditayangkan video muzik rasmi lagu Neraca di saluran YouTube Universal Music Malaysia pada jam 9 malam.
#Jamal Abdillah #Kmy Kmo #Luca Sickta #Neraca
;