Skip to main content

Budaya Popular

“Biar Saya Hantar Ayah 'Pulang' Untuk Kali Terakhir...” - Netizen Sebak Baca Luahan Sharnaaz Ahmad Buat Arwah Bapa

astrogempak_luahan_pilu_sharnaaz_pemergian_ayah.jpg

Pelakon Sharnaaz Ahmad berkongsi sebuah video yang menyentuh hati ketika menguruskan jenazah arwah ayahnya, Datuk Basir Ahmad. 

Menerusi hantaran di Instagram, pelakon itu meluahkan rasa sedihnya sewaktu mengebumikan arwah bapanya ke liang lahad.

"Hari saya kebumikan ayah, seorang budak telah tiada, seorang lelaki telah dilahirkan. Ayah hantar saya ke tadika, Ayah hantar saya ke sekolah, Ayah  hantar saya  ke kolej, Ayah hantar saya  untuk menjadi pelakon lelaki terbaik.


Dalam hantaran yang sama, Sharnaaz mencoretkan ucapan berterima kasih kepada arwah bapanya kerana mendidik dirinya dan adik-beradik yang lain dengan penuh ketabahan.

“Terima kasih kerana mendidik saya sebagai seorang kanak-kanak, seorang remaja, seorang lelaki, dan seorang bapa.

“Mungkin saya tidak sehebat ayah. Tapi jangan lupa terus bimbing saya dari sana. Sayang ayah,” coretnya. 

Meninjau di ruangan komen, ramai para selebriti dan netizen mengzahirkan ucapan takziah buat pelakon tersebut.



Terdahulu, Bapa kepada pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Datuk Basir Ahmad telah kembali ke rahmatullah pada 1.40 pagi, Rabu.
 

Must-Watch Video

Advertisement