“Biar Saya, Isteri & Tuhan Sahaja Tahu” - Haqiem Rusli Enggan Dedah Punca Sebenar Isteri Buka Tudung, Tak Benarkan Anis Sofea Diwawancara
Izwan Isa
30/05/2023 22:50 MYT
30/05/2023 22:50 MYT
Penyanyi Haqiem Rusli enggan memberitahu punca sebenar mengapa isterinya, Anis Sofea memilih untuk tidak lagi mengenakan tudung.
Haqiem berkata, perkara tersebut tidak molek untuk dipanjangkan dan biarlah ia menjadi ‘rahsia peribadi’ antara mereka suami isteri.
“Hal itu saya tak boleh cakap kerana ia privasi. Biar saya, isteri dan Tuhan sahaja yang tahu,” katanya kepada Gempak.
BACA: Buka Semula Ruangan Komen Instagram, Isteri Haqiem Rusli Kembali Dihenyak Netizen - “Hilang Seri, Nampak Macam ...”
Haqiem berkata demikian ketika ditemui selepas memenuhi jemputan program MeleTOP semalam.
Melanjutkan bicara, Haqiem berkata yang dia tidak mengatakan mereka berada di pihak benar. Justeru, segala input dan nasihat sentiasa diterima dengan tangan terbuka, asalkan ia tidak berlebihan.
“Kalau waktu zaman saya mula-mula berkecimpung dahulu, mungkin saya penat nak lalui komen-komen netizen. Tapi sekarang saya dah lali dan tahu game mereka.
“Bagi saya, kalau nak beri nasihat, ada fasa-fasanya. Apa yang baik kita ambil dan perbaiki. Saya tegaskan sekali lagi, saya tak kata kami benar, mana yang ok, kami ambil,” katanya lagi.
BACA: “Kenapa I Feeling Nak Jadi Kpop Idol? Sebab I Rasa I Macam Rose” - Netizen Terkedu Isteri Haqiem Rusli Anggap Diri Seperti Anggota Blackpink
Sebelum menemu bual Haqiem, Gempak berusaha untuk mewawancara Sofea. Namun, Haqiem tidak membenarkan isterinya yang turut hadir ke program MeleTOP untuk memberikan sebarang kenyataan.
“Biarlah benda ni saya hadap seorang. Saya tak nak libatkan mana-mana pihak. Mungkin sebab saya juga dia dapat publisti besar. Biar saya sahaja yang hadap.
“Berkenaan akan bawa ke majlis-majlis terbuka selepas ini, saya sebagai suami kalau tak ajak dia… itu dah kecilkan hati dia. Mana lebih bagus? Ajak atau tak ajak?
“Doakanlah, mungkin benda boleh kembali baik seperti dahulu,” tutup Haqiem.
Terdahulu, peminat dikejutkan dengan tindakan Sofea yang memadam gambar-gambar di Instagram dan memuat naik gambar tidak mengenakan hijab.
Rata-rata ramai yang menghentam wanita itu sehinggakan dia terpaksa menutup ruangan komen di platform media sosial tersebut.