,
Laman Utama

“Biar Saya Sakit, Tapi Tidak Menyekat Rezeki Orang” - Fasha Sandha Kembali Ke Set Penggambaran

Shahrin Zulkifle
22/03/2023
01:00 MYT

Meskipun kecederaan pada bahagian mata belum sembuh sepenuhnya, pelakon Fasha Sandha memilih untuk kembali ke lokasi penggambaran semula.

Kata, Fasha, 34, hal itu disebabkan dia tidak mahu penggambaran telefilem yang dibintanginya tertangguh untuk tempoh masa yang lama.

Malah jelasnya, sekiranya penggambaran ditangguhkan, ia akan mengganggu rezeki tim produksi.

“Saya selalu berfikir untuk selalu permudahkan kerja orang, kerana Insyaallah kalau saya permudahkan kerja orang lain, Allah akan permudahkan kerja saya.

“Walaupun saya tidak sihat sepenuhnya selepas mengalami kecederaan pada mata, malah suami dan doktor tidak menggalakkan untuk saya kembali bekerja lagi.

“Kalau saya tidak shooting akan tertangguh rezeki crew dan team penggambaran. Walaupun struggle dan sakit sikit tapi yang penting memudahkan rezeki orang lain,

“Saya fikir sekiranya tidak habiskan kerja ini dengan lebih awal, crew semua tak dapat payment. Biar saya sakit, tapi tidak menyekat rezeki orang lain,” katanya.

Fasha berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi raya pakaian jenama Alfaro yang mana aktres itu juga diumumkan sebagai duta rasmi jenama tersebut yang diadakan di ibu kota, pada Selasa.

Melanjutkan bicara, isteri kepada aktor Aidil Aziz itu berkata, pada awalnya suami dan keluarga turut mempersoalkan keputusannya untuk kembali ke lokasi penggambaran semula.

“Apabila saya sambung semula penggambaran drama itu, suami dan keluarga agak berat hati. Mereka tanya pada saya betul ke dah nak mula kerja. Kerana mata masih belum sembuh lagi.

“Saya sentiasa fikirkan keadaan orang lain barulah diri saya sendiri. Sampaikan saya pernah kena marah dengan orang di sekeliling saya termasuk mama saya.

“Malah selepas mengalami kecederaan itu perkara pertama saya fikir macam mana dengan shooting. Sepanjang 20 tahun saya dalam industri, tidak pernah lagi penggambaran tertangguh disebabkan saya sehingga akibatkan orang menunggu saya,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Fasha mengalami kecederaan di bahagian mata sebelah kiri ketika menjalani penggambaran telefilem Anak Tuan di Johor Bahru.

Ketika kejadian, Fasha difahamkan telah ditolak oleh pelakon gandingannya, Azhan Rani sehingga kepala dan matanya terkena pada bucu katil secara tidak sengaja.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Tak Boleh Jual Mahal..Tak Boleh Konten Joget…” - Usahawan Puji Syarat Diletakkan Fattah Amin Sebelum Jadi Duta

gempak
29/10/2024
01:39 MYT
Usahawan, Datin Nurul Syahera tampil mendedahkan dua syarat yang diletakkan oleh Fattah Amin sebelum dia bersetuju untuk berkolaborasi.
Hiburan

Dilantik Jadi Duta Wangian, Cik Man; "Tak Kisah Popular Atau Tak, Tua Atau Muda, Kalau Ikhlas Akan Nampak Hasil"

gempak
28/10/2024
18:55 MYT
Artis veteran juga mempunyai tarikan dan keupayaan untuk menjadi duta sesuatu produk malah mampu melariskan perniagaan.
Hiburan

Inayah Beauty Hulur RM500,000 Bantu 2,500 Keluarga Di Gaza! - "Kami Bercita-Cita Jadikan Kutipan Ini Acara Tahunan"

gempak
20/10/2024
15:15 MYT
Buat julung kalinya, Inayah Beauty telah membuat langkah besar dengan membantu keluarga di Gaza, Palestin, melalui sumbangan RM500,000 kepada Yayasan Nurjiwa.
Hollywood

Maut Akibat 25 Kecederaan, Liam Payne Dihalau Beberapa Hotel Sebelum Mati

gempak
19/10/2024
10:25 MYT
Kisah kematian tragis bekas anggota One Direction, Liam Payne pada 16 Oktober 2024 masih menjadi buruan pihak media antarabangsa.
Hiburan

Tak Sebelah Mana-Mana Pihak, Fasha Sandha Doakan Yang Terbaik Buat Fazura-Fattah

gempak
14/10/2024
08:25 MYT
Pelakon, Fasha Sandha berkongsi pendapatnya berkaitan pengakhiran kisah rumah tangga sahabat baiknya, Nur Fazura dan Fattah Amin yang sah bercerai pada 7 Oktober lalu.
Anmum