Viral
"Biar Saya Selesaikan Dulu Rumah Tangga .." - Nubhan Komen Video Viral Berkasar Dengan Isteri
Penyanyi Nubhan Ahamad memohon agar memberi ruang kepadanya untuk menyelesaikan masalah rumah tangga bersama isteri, Dr Afifah Hidayah Tawfek.
Ketika dihubungi Gempak, Nubhan menyatakan dia perlu bertenang buat seketika waktu.
"Aduh pasal video tu biarlah dulu. Saya pun taktau nak cakap macam mana.
"Saya rasa biarlah saya selesaikan dulu rumah tangga saya. Bagi bertenang dulu," katanya menerusi kiriman WhatsApp.
Sebelum ini, viral sebuah rakaman video Nubhan dan isteri sedang bertengkar mengenai kereta hilang di kawasan khalayak ramai.
"Sekarang ini kan kereta tau, kereta hilang. Saya dah takda duit nak beli kereta. Faham tak?" jerit Nubhan sambil mencengkam kepala isterinya.
Video terbabit telah mendapat komen negatif daripada kalangan netizen kerana merasakan tindakan berkasar dengan wanita tidak sepatutnya terjadi.
Namun, ada juga yang beranggapan itu semua sekadar hanya lakonan.
Nubhan dan isterinya, Dr. Afifah Tawfek mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015.
Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Aafiya Kamilia dan Ahmad Aaffan.
Must-Watch Video