"Biar Surprise Sampai Bersalin Nanti" - Beby Maembong Rahsia Jantina Kandungan

Asraf Aided
Jun 22, 2020 09:02 MYT
Kakak kepada pelakon Emma Maembong, Beby Maembong memilih untuk terus merahsiakan jantina bayi kandungannya yang kini mencecah tujuh bulan.
Menurut Beby, dia mahu perkara itu menjadi kejutan buat orang ramai yang tertanya-tanya.
"Alhamdulillah @bebyeejunior dah tujuh bulan, jantina sampai sekarang biarkan surprise sampai bersalin nanti, korang rasa boy ke girl," tulis Beby di Instagram.
Dalam pada itu, Beby turut mendoakan kesihatan kandungannya itu.
"Semoga baby mummy sihat dan membesar dengan sempurna dalam perut mummy, sebab mummy ni dah kembang sangat demi kamu.
Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Beby meneka jantina anaknya itu, ramai juga yang mendoakan agar urusan Beby melahirkan anak dipermudahkan.
Terdahulu, Beby pernah mencuri perhatian ramai apabila fotonya berpakaian mirip imej duyung tular di media sosial.
Beby juga pernah dipertikaikan jantina oleh netizen yang musykil akibat timbul dakwaan mengatakan dia seorang transgender meskipun sudah memiliki cahaya mata.
BACA : "Pondan Ke Perempuan Ori?" - Netizen Musykil, Pertikai Jantina Beby Maembong
#Mengandung #Beby Maembong #Jantina