“Biar Tak Cantik, Badan Gemuk Tapi Ketiak Jangan Hitam”- Nabila Huda

Syafiqah Jalal
Ogos 1, 2018 11:44 MYT
Kapsyen yang ditulis oleh pelakon Nabila Huda ke akaun Instagram (IG) peribadi mencuri perhatian netizen.
Nabila Huda memberitahu biar rupa tidak cantik dan badan gemuk, asalkan ketiak tidak hitam.
“Asyik post gambar proper je. Boring.
Caption: ‘Muka Biar tak cantik,badan Biar gemuk,Tapi ketiak Jangan hitam’,” tulisnya.
Kenyataannya itu telah mencuit hati netizen yang rata-rata bersetuju dengan pendapatnya.
Difahamkan ayat itu diluahkan selepas fotonya di entri terdahulu menunjukkan dia sedang bergambar dengan menayangkan ketiaknya.
Menerusi foto tersebut, rata-rata pengikut IGnya memuji kebersihan bahagian anggota badannya itu yang dianggap cantik dan tidak hitam.
Foto: IG Nabila Huda
#Nabila Huda #Instagram #Cantik #Ketiak Hitam