Laman Utama
“Biar Tak Hensem, Janji Beradab” - Netizen Naik Hantu Bila Individu Ini Komen Fasal Tutup Aurat Pada Gambar Adibah Noor
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. Itulah yang boleh digambarkan saat ini apabila seorang pengguna platform Facebook menegur peribadi luar Allahyarham Adibah Noor.
Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh Harian Metro kelmarin, seorang individu lelaki melemparkan kata-kata yang kurang senang di ruangan balas menyatakan azab yang akan menanti arwah kerana tidak menutupi auratnya.
“Sampai ke akhir hayat tidak tutup aurat. Dah tahu wajib tutup aurat tapi tidak buat.
“Sebab kepala batu keras hati, menjawab lah dalam kubur.
“Nauzubillahi min zalik, moga keterunan aku tiada seperti ini.
“Selamat manjawab soalan di alam barzakh…Goodluck.” tulis individu tersebut.
Melihat kepada situasi tersebut, netizen tidak senang duduk dan sekolahkan individu itu.
“Tengok dosa orang dia nombor 1, dosa sendiri terpampang tidak sedar!
“Biar tak hensem, janji beradab, itu sahaja.
“Muka dengan mulut sama naik. Dua-dua bang*ng.
“Nauzubillah, cakap tidak toleh kiri kanan.
“Siapalah kita nak nilai orang, moga Allah kurniakan hidayah buat adik ini.” antara luah hati netizen.
Difahamkan individu terbabit telah menyahaktifkan akaun media sosialnya.
Untuk rekod, Allahyarham Adibah Noor menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira 6:40 petang Sabtu di Hospital Gleneangles dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Taman Keramat Kuala Lumpur lebih kurang jam 11:31 pagi semalam. Al-Fatihah.