“Biarlah Masing-Masing Cari Bahagia Cuma Saya Terkejut Dengan Siapa Pilihannya” - Shila Amzah Perlu Masa Terima Ibu Tiri
Penyanyi, Shila Amzah akui perlukan masa dan ruang untuk menerima kehadiran ibu tiri dalam hidupnya memandangkan wanita itu pernah menjadi sahabatnya sebelum ini.
Perlu masa terima ibu tiri
Bagaimanapun kata Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 35, memberitahu perkara itu sama sekali tidak menjejaskan hubungan baik bersama ayahnya yang juga merupakan penyanyi iaitu Datuk ND Lala.
"Kami (Shila dan ibu tiri) belum pernah berhubung lagi dan saya tak bersedia lagi. Kalau dengan ayah sudah tentu berhubung. Dia pun selalu hubungi saya.
"Hubungan anak beranak pergi ke mana pun tak akan putus, kerana ia tidak melibatkan sesuatu perkara yang teruk sangat hingga membuatkan tidak boleh kembali bersama keluarga
"Saya dan ayah pun akan berbuka puasa bersama pada hujung minggu ini," katanya.
Shila berkata demikian ketika ditemui pada majlis Sidang Media & Tayangan Perdana Program Raya Astro 2025 di One World Hotel, Petaling Jaya, pada Khamis.
Berlapang dada terima takdir
Tambah Shila lagi, sebagai anak dia sudah berlapang dada menerima takdir ibu bapanya kini bahagia dengan haluan masing-masing.
Namun dia akui masih lagi terkejut dengan pilihan baru bapanya itu.
"Sejujurnya saya okay sebab cinta itu tidak boleh dipaksa, kalau ibu bapa tidak bahagia kenapa nak paksa demi anak-anak.
"Biarlah masing-masing cari bahagia mereka bagi saya. Cuma pada saya terkejut dengan siapa pilihannya. Itulah suratan dan takdirnya," ujarnya.
Dalam pada itu, Shila memberitahu dia mempunyai banyak momen bersama ibu tirinya selepas melibat foto kenangan mereka bersama.
Katanya, dia menyedari perkara itu apabila mencari foto kenangan ketika berada di China dalam galeri album telefon bimbitnya.
"Gambar dia masih ada sebab terlalu banyak, saya ada gambar lebih 50,000. Saya nak cari gambar saya di China dan ternampak gambar dengannya," luahnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Fikir Soal Anak Antara Sebab Shila Amzah Tolak Gelaran Datuk - “Saya Mahu Mereka Rasa Bebas Tanpa Perlu..”
ARTIKEL BERKAITAN:Bukan Buka Aib, Shila Amzah Mahu Mangsa Keganasan Rumah Tangga Bangkit - “Tolong Bezakan Buka Aib Dengan…”
ARTIKEL BERKAITAN:Harga Mikrofon Pertama Shila Amzah Sama Seperti Beli Kereta Malaysia - “Macam Inilah, Mungkin Boleh Dapat…”
ARTIKEL BERKAITAN:Dua Kali Bersalin Secara Ceaser, Shila Amzah Tak Mungkin Hamil Lagi – “Ia Agak Berisiko, Usia Saya Juga Akan Mencecah…”
ARTIKEL BERKAITAN:Anak Disahkan Autisme Tahap 1, Shila Amzah Kongsi Tanda Awal - “Hati Saya Berdegup Kencang, Hanya Tuhan Tahu”
Malah, individu itu dipercayai merupakan sahabat Shila sejak dibangku sekolah.
Fauziah dan ND Lala kemudiannya sah bercerai pada 2 Ogos 2023 menerusi lafaz melalui rakaman suara di WhatsApp.
Untuk rekod, ND Lala mendirikan rumah tangga bersama Fauziah pada 1989 dan pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata lain selain Shila iaitu Amir Syafiq, 32, Amir Syahir, 30, dan Nur Syuhada, 27.