Berita
“Biarlah Mereka Melihat Kaabah Dari Kecil Lagi…”- Nora Bawa Anak Pergi Umrah
Penyanyi Nora Ariffin bakal membawa anaknya bersama-sama mengerjakan umrah pada Mac depan.
Menurut Nora, dia mahu anaknya berpeluang melihat Kaabah dari kecil lagi.
“Insya-Allah, dengan rezeki, peluang dan kelapangan yang diberikan, untuk umrah Mac nanti saya akan membawa anak saya untuk menjadi tetamu Allah.
“Biarlah mereka berpeluang melihat Kaabah dari kecil lagi.
“Moga Allah permudahkan urusan kami,” tulisnya.
Nora berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Nora telah memuat naik foto bersama anak bongsunya.
Nora baru sahaja menunaikan umrah pada bulan lalu.
Terdahulu, Nora berdepan episod duka apabila anak keduanya, Muhammad Syakir Alif menghembuskan nafas terakhir pada 14 Disember lalu pada usia 20 tahun.
Pemergian anaknya secara mengejut itu berlaku selepas dua tahun kematiansuaminya, komposer Johan Nawawi pada 24 Mac 2017.
Must-Watch Video