Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Biarlah Orang Nak Cakap Apa, Kakak Masih Ada Keluarga .." - Ayah Bella Astillah

Zulaikha Yusof
17/05/2019 04:52 MYT
Komposer dan pemuzik Ag Astillah menitipkan doa buat kebahagiaan anaknya, Bella Astillah yang baru sahaja bercerai dengan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz.

Menurut Ag, Bella sentiasa ada keluarga yang menyokong di belakang walaupun pelbagai kata yang dilemparkan terhadapnya.

Ag juga turut berpesan kepada Bella supaya membesarkan cucunya, Mohamad Ayden Adrean dengan baik supaya menjadi anak yang soleh.

"Ayah doakan anak ayah baik-baik sahaja biarlah orang nak cakap apa kakak masih ada keluarga yang selalu di belakang kakak susah senang hanya keluarga yang tahu yang penting jaga ayden dan besarkan dengan baik supaya jadi anak yang soleh amin @bellastillah @aydenadrean17," tulisnya sebagai kapsyen.

Aliff dan Bella sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur petang semalam.

BACA: “Maafkan Aliff Cuma Saya Rasa Keputusan Berpisah Jalan Terbaik” – Bella Astillah, Aliff Aziz Sah Bercerai

Terdahulu, rumah tangga pasangan berkenaan mengalami masalah apabila satu persatu kecurangan Aliff didedahkan.

Belum reda kisah Aliff curang bersama seorang gadis dikenali sebagai Nismel, tular di Internet gambar penyanyi Singapura itu bercium dengan seorang wanita lain pula.

BACA: Foto Panas Mirip Aliff Aziz Bercumbu Dengan Perempuan Lain Pula Tular?

Gambar terbabit memaparkan Aliff dan wanita yang juga model itu memakai baju sedondon berwarna merah dalam aksi yang cukup mesra yang dipercayai diambil di sebuah pusat hiburan.

Bagaimanapun, wanita terbabit yang dikenali sebagai Meri Meifina tampil menerusi siaran langsung di Facebook dan mendakwa ia adalah gambar lama.

Ayah doakan anak ayah baik2 sahaja biarla orang nak cakap apa kakak masih ada kelurga yang selalu d belakang kakak susah senang hanya keluarga yang tahu yang pting jaga ayden dan besarkan dngn baik supaya jadi anak yang soleh aminn @bellaastillah @aydenadrean17

A post shared by Ag Astillah (@agastillah) on

#Bella Astillah #AG Astillah
;