Muzikal Lawak Superstar 2022
“Biarlah Orang Nak Cakap Apa Pun, Asalkan... - Shiha Zikir
Penyanyi, Shiha Zikir tidak mahu membataskan bakat seninya hanya kepada bidang nyanyian sahaja.
Diberi peluang sekali lagi untuk menyertai program komedi Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3) baru-baru ini merupakan antara langkah diambil untuk mengembangkan bakatnya.
“Saya bukan komedian, jadi bila dapat bersama dengan orang-orang hebat seperti pelawak-pelawak itu sudah cukup membuatkan saya rasa seronok.
“Saya berterima kasih atas kepercayaan mereka kepada bakat saya. Saya bukan seorang pelawak tetapi saya diberi peluang untuk bersama dengan mereka di atas pentas,” katanya kepada Gempak.
Mengulas mengenai penyertaannya, Shiha berkata dia mencuba sehabis baik untuk menghidupkan apa sahaja karakter yang dibawa.
“Saya ini memang seorang fighter maknanya kalau saya segan pun saya akan buat untuk melakonkan watak yang dibawa.
“Itu adalah tuntutan yang membuatkan saya rasa mempunyai tanggungjawab untuk memberikan yang terbaik.
“Biarlah orang nak cakap apa pun asalkan saya dah langsaikan tanggungjawab saya,” ujarnya.
Terdahulu, Shiha merupakan naib juara MLS3 bersama Achey dan Ali Puteh dalam kumpulan CILI.
Shiha juga pernah dilabel sebagai ‘artis pertandingan’ kerana kerap menyertai pertandingan sebelum ini.
Must-Watch Video