HIBURAN
"Biarlah Orang Nak Kecam, Kutuk, Saya Tetap Bersama Hingga Akhir Hayat" - Suami Titip Kata-Kata Semangat Buat Abby Abadi
Suami kepada pelakon Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakari terus memberikan sokongan dan menitipkan kata-kata semangat buat isterinya untuk lebih kental.
BERITA TRENDING: "Jagalah Aslam Tu Baik-Baik Ye Marissa" - Abby Abadi
Biar berdepan pelbagai kecaman dan kutukan ekoran penularan kisah keluarga mereka, Abby dan Faizal tidak alah dengan netizen."Biarlah Sayang, orang nak kecam ke, kutuk ke, kata macam-macam, saya tetap bersama sayang hingga akhir hayat saya.
"Kalau dah sampai masa untuk kita bawa diri elok kita lakukan. InshaAllah ada cahaya di hadapan kita nanti," tulisnya di Thread bersama sekeping foto manis bersama.

BERITA TRENDING: "Saya Cuba Hubungi Ibu Saya Secara Baik, Semua Tak Diendahkan" - Marissa Dania Mahu Bela Diri, Dedah Abby Abadi Enggan Berbincang
Dalam pada itu, Faizal turut memberitahu perancangannya untuk tinggal di rumah orang tua-tua atau bermastautin di Makkah untuk menghabiskan sisa hidup bersama Abby."Ingat saya sentiasa ada bersama sayang..kasih sayang dunia akhirat," tambahnya."Bila dah tua nanti, nampak macam tak de yang peduli kita, nanti kita duduk pondok, rumah orang tua atau kita pindah duduk Mekah, habiskan sisa-sisa hidup yang ada tu.
Untuk rekod, Marissa sah bergelar isteri kepada Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.
Sebelum ini, berlaku persengketaan antara Abby dan menantunya, Ahmad Aslam selepas ada pihak yang memintanya memohon maaf kepada madu anaknya iaitu Umisya Mazlan.
BERITA TRENDING: Abby Abadi Kongsi Pendapat Mengenai Poligami - “Nak Tanggung Diri Sendiri Pun Sedih, Apatah Lagi Anak Orang”
Bagaimanapun Abby meminta menantunya Aslam datang memohon maaf kepadanya secara bersua muka.Must-Watch Video