Laman Utama
"Biarlah Saya Suka Dia Macam Tu"- Fizz Fairuz Pernah Halang Almy Nadia Nak 'Potong Usus'
Pelakon Datuk Fizz Fairus secara jujurnya menerima apa sahaja perubahan yang berlaku terhadap fizikal isterinya, Datin Almy Nadia walaupun sering mendapat kritikan 'body shaming'.
Kata Fizz Fairuz kepada Astro Gempak kasih sayangnya tidak akan berubah kerana menganggap isterinya sudah sempurna.
"Saya menerima dirinya yang sekarang. Saya tidak kisah kerana saya suka dia begitu (gemuk).
“Kadang-kadang isteri tanya sama ada saya sayangkan dia atau tidak kerana bentuk badannya yang gemuk. Saya cakap biarlah saya dia macam tu.
“Kalau dia kurus, saya tidak fikir isteri akan dapat jadi seorang ibu sempurna. Saya bersyukur dengan kehadiran empat orang cahaya mata dalam keluarga.
“Jadi tidak perlu fikir kalau orang bercakap buruk tentangnya,” kata Fizz.katanya.
Fizz ditemui selepas Malam Gala Tayang Perdana Filem Coast Guard di Dadi Cinema, Pavilion pada Selasa.
Pun begitu, Fizz tidak menafikan bahawa Almy ada menyatakan hasrat untuk menguruskan badan dengan proses rawatan popular sekarang iaitu pembedahan Bariatric atau 'potong usus' namun dihalangnya.
"Dia pernah kata nak kuruskan badan dan saya hanya berkkan dia galakan.Tapi cara yang bagaimana? Potong usus? Sementara nak tunggu sembuh lebih kurang dua tiga minggu, anak-anak nanti bagaimana?
"Saya kata tak payah lah kalau susah begitu, saya cuma hendak dia hembira sahaja jalano kehidupannya seperti biasa.
"Penat juga lihat dia uruskan rumah dan anak-anak tapi saya nak ambil pembantu, dia tak mahu. Semua kerja nak buat sendiri. Nak buat macam mana itu yang dia mahukan,” katanya lagi.
Terdahulu , Almy atau nama lengkapnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 37, pernah menjadi mangsa kritikan netizen terutama selepas melahirkan anak dan tidak lagi bergiat aktif dalam dunia lakonan.
Almy dan Fizz mendirikan rumah tangga pada 26 April 2004 dan dikurniakan empat cahaya mata perempuan termasuk seorang anak angkat
Must-Watch Video