Hiburan
“Biarlah Semulajadi Bukan Dipaksa” - Hafiz Hamidun ‘Tak Jual’ Anak Angkat Untuk Content Media Sosial
Penyanyi Hafiz Hamidun menjelaskan mengambil anak angkat bukan bertujuan untuk dijadikan isi kandungan (content) media sosial.
Menurut Hafiz, niatnya itu tiada kaitan dengan dakwaan mahu menjual populariti anak angkatnya, Hamdee Abdul Hafiz.
“Niat saya ambil anak angkat bukan untuk dijadikan populariti. Memang saya mempunyai keinginan untuk mengambil anak angkat sejak dulu lagi cuma baru dikabulkan sekarang, ujarnya.
Kata Hafiz lagi, dia juga belum bersedia untuk mendedahkan wajah Hamdee kerana tidak mahu menjadikan anaknya sebagai tumpuan.
“Masih terlalu awal untuk muat naik foto, kalau ada pun biarlah secara semulajadi dan tidak dipaksa.
“Tidak perlu dedahkan buat masa sekarang, lagipun dia masih kecil. Tunggulah lagi dua tiga minggu lagi. Terlalu banyak didedahkan kepada media sosial pun tak elok juga,” katanya.
Hafiz ditemui Gempak pada sesi pertemuan khas bersama pihak media di Balai Berita, Jalan Riong, Bangsar pada Rabu.
Terdahulu, Hafiz menimbulkan tanda tanya netizen apabila memuat naik gambar bersama seorang bayi dengan kapsyen seolah-olah sudah bergelar bapa pada Selasa.
Hafiz sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan kosmetik, Joy Revfa pada 1 Mei 2017 namun mereka bercerai pada 25 Oktober 2017.
Must-Watch Video