Pelakon Datuk Fizz Fairuz memilih untuk mengamalkan gaya hidup sihar biarpun sudah bergelar bapa kepada tiga orang anak.

Fizz sejak akhir-akhir ini kerap berkongsi fotonya melakukan aktiviti larian di laman sosial Instagram (IG) nya.

Menerusi kapsyen pada beberapa hantaran yang dimuat naik Fizz, aktiviti kardio antara yang dilakukan aktor ini sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)3.0.

Fizz turut mendapat sokongan isterinya, Datin Almy Nadia dan kadangkala turut ditemani anak-anak ketika melakukan aktiviti tersebut.

A post shared by Dfizzfairuz ?? (@fizzfairuzofficial)


Dalam perkembangan lain, Fizz terlibat dalam drama bersiri ‘Ahli Bapak Bapak Club’ (ABBC) yang bersiaran pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104).

Menerusi drama ini Fizz memegang watak sebagai Kadir seorang bekas banduan yang dipenjarakan kerana kesalahan pecah amanah.

Selepas dibebaskan, Kadir berniat untuk mencari bekas isteri dan anak-anak dan perkara tersebut menjadi kebimbangan Nik (lakonan Steve Yap), suami baru kepada isterinya.

Alamak! Macam mana ni? Nik ni sudahlah tidak disukai oleh dua orang anak tirinya tu. Agak-agak berjaya ke Nik pertahankan rumah tangganya?

Adakah Nik mampu menghalang Kadir untuk bersatu kembali dengan ahli keluarganya?

Jangan lupa tonton drama bersiri 10 episod arahan sutradara Tam Suhaimi, idea asal tenaga kreatif Gempak dengan kerjasama syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd ini ya!

A post shared by Dfizzfairuz ?? (@fizzfairuzofficial)


ABBC turut menampilkan Aiman Hakim Ridza, Luqman Hafidz, Uyaina Arshad, Ziela Jalil, Amir Masdi dan ramai lagi.

ABBC juga boleh distrim menerusi portal Gempak, aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Manakala kapsul istimewa dalam format temu bual yang memaparkan pelbagai perkongsian santai pengalaman, nasihat serta tips menjadi bapa yang baik dan cool menampilkan karakter utama ‘Ahli Bapak Bapak Club’ iaitu Joe (Aiman Hakim Ridza), Bob (Luqman Hafidz) dan Nik (Steve Yap) pula ditayangkan pada setiap hari Rabu, jam 10.00 malam secara eksklusif di kesemua platform digital Gempak.