Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Biarpun Loji IWK Alami Kerosakan Teruk Akibat Banjir, Namun Bantuan Turut Dihulurkan Dan Kecekapan Perkhidmatan Terus Diutamakan

Amri Hassan
21/01/2022 10:30 MYT
Percaya atau tidak, daripada kediaman kita sendiri adalah salah satu punca utama pencemaran air. Eh, kenapa pula?

Hakikatnya, tangki septik di setiap rumah sepatutnya perlu dikosongkan sekurang- kurangnya dua atau tiga tahun sekali bagi mengelakkan pencemaran.

Kegagalan pengurusan sistem pembetungan boleh menyebabkan punca penyakit berjangkit bawaan air dan pencemaran bau!

2 Jenis Sistem Pembetungan Di Malaysia

Dalam sistem pembetungan secara amnya, ada dua jenis, iaitu perkhidmatan pembetungan bersambung dan Tangki Septik Individu (IST).

Bagi sistem pembetungan bersambung, setiap premis mempunyai saluran paip pembetungan bawah tanah yang disambung terus ke loji rawatan kumbahan IWK. Manakala bagi sistem pembetungan jenis IST, ianya adalah tangki septik individu yang terletak dibawah tanah sama ada di bahagian depan, belakang atau tepi rumah kita.

Fungsi tangki ini adalah sebagai tangki mendapan di mana air sisa daripada aktiviti anda di rumah seperti air mandi, basuhan baju, buangan dari tandas dan cucian di sinki dapur akan dialirkan ke dalam tangki tersebut.

Partikel kasar dan berat daripada air sisa yang masuk ke dalam tangki akan mendap ke dasar tangki dan menjadi enapcemar.

Bayangkan jika tiada penyeleggaraan dibuat, enapcemar ini akan memenuhi tangki dan akibatnya air sisa kumbahan yang baru dilepaskan terus keluar tanpa rawatan. Bukan setakat kotor, baunya pun sangat busuk!



Lebih teruk jika air sisa itu melalui longkang perumahan dan masuk ke sungai. Maka sumber air di sungai akan tercemar sehingga menyebabkan penyakit bawaan air seperti demam kepialu, taun dan juga Hepatitis A.

Malah, jika seseorang terminum air yang dicemari dengan kuman dan virus penyakit bawaan air tadi, risiko untuk mendapat cirit-birit juga tinggi.

Mungkin ramai yang rasa perkara ni nampak remeh, tapi sebenarnya setiap individu atau pemilik rumah yang menggunakan tangki septik perlu tahu kepentingan penjagaan kumbahan dalam IST di kediaman masing-masing.

Pengurusan kumbahan ialah cara bagaimana kita menjaga sistem kumbahan. Kumbahan perlu dilupuskan dengan cara yang betul untuk dilepaskan semula kepada alam sekitar.

Jadi, siapa yang bertanggungjawab dalam penyelenggaraan sistem kumbahan di Malaysia?

Tahu Tak Apa Itu IWK?

Indah Water Konsortium Sdn Bhd atau juga dikenali sebagai IWK adalah syarikat pembetungan nasional yang ditugaskan untuk menyelenggara sistem pembetungan awam bagi rakyat Malaysia.

Pada tahun 1994, Kerajaan Persekutuan telah anugerahkan konsesi kepada syarikat ini untuk mengambil alih perkhidmatan pembetungan seluruh negara yang sebelum tu di bawah kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sejak itu, Indah Water telah mengambil alih perkhidmatan pembetungan kecuali di Sabah dan Sarawak.

Senang kata, IWK yang akan sedut najis dan segala apa yang ada dalam sistem kumbahan rumah anda dan merawat kumbahan yang disalurkan dari premis anda.

Menurut Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, kewajipan untuk mengendali dan menyelenggara tangki septik individu terletak pada pemilik yang menggunakan sistem ini.

Kerja pengosongan atau penyelenggaraan bagi sistem pembetungan IST perlu dilakukan sekurang-kurangnya 2 tahun sekali., IWK juga ada mengeluarkan notis bagi mengingatkan para pengguna tentang tarikh yang perlu untuk melakukan pengosongan tangki septik tersebut.



Berapakah Caj Penyelenggaraan IWK?

Sebenarnya, caj perkhidmatan pembetungan IWK bagi perkhidmatan bersambung adalah antara yang paling terendah di dunia!

Malah, kos operasi yang kian meningkat saban tahun, tidak dapat menampung kos sebenar kerana caj perkhidmatan domestik IWK bagi sistem bersambung hanya RM2-RM8 sebulan tetapi kos penyelenggaraan adalah kira-kira RM17 sebulan.

Manakala, bagi pelanggan yang menggunakan sistem IST pula hanya membayar RM144 untuk setiap perkhidmatan, tetapi kos sebenarnya adalah kira-kira RM263.

Biarpun caj perkhidmatan IWK adalah rendah, namun kakitangan IWK terpaksa melalui pelbagai kesukaran yang mungkin dilupai ramai. Kerja-kerja penyelenggaraan kira-kira lebih daripada 7,000 loji IWK beroperasi 24 jam tanpa henti.

Malah, kakitangan IWK saban hari berhadapan dengan kerja-kerja sukar, kotor dan berbahaya, tetapi tidak pernah mengeluh biarpun mereka menghapai apa juga badai yang melanda, baik ketika pandemik Covid-19 mahupun bencana seperti banjir.

Ketika banjir melanda baru-baru ini, lebih daripada 244 loji IWK yang terjejas teruk dengan kerosakkan sejumlah kira-kira RM7 juta tetapi IWK terus komited dalam menyediakan perkhidmatan mereka dengan cekap dan penuh dedikasi.

Mungkin ramai yang tidak endah, apa akan berlaku jika kumbahan kita tidak diproses dengan betul dan baik. Mungkin ada juga yang lupa ke mana perginya najis kita selepas kita mengepam tandas atau selepas kita mandi dan basuh baju atau pinggan.

Korang jangan ingat najis tu hilang begitu sahaja ya… IWK sememangnya mempunyai tugasan yang amat penting dalam kehidupan seharian manusia.

Perlu Pertimbang Cadangan Pelarasan Caj Perkhidmatan Pembetungan

Namun, dah lebih 27 tahun, caj perkhidmatan pembetungan IWK tidak pernah berubah meskipun teknologi dan peralatan telah dipertingkatkan dari tahun ke tahun. Bukan itu sahaja, paip pembetungan bawah tanah sepanjang kira-kira 22,000 km semua diselenggara IWK.

Jika perkhidmatan IWK tidak dapat diteruskan apa akan jadi kepada alam sekitar khususnya sumber air kita iaitu sungai? Bayangkan segala jenis penyakit bawaan air yang akan melanda jika IWK tidak beroperasi.

Jadi, logik kan jika caj perkhidmatan pembetungan IWK sepatutnya diselaraskan bagi memastikan kemampanan operasi IWK dapat diteruskan dengan baik. Tak kan dah lebih 27 tahun, kos operasi mereka tak meningkat? Tak masuk akal kan.

Tahu tak korang, IWK mencatatkan kos operasi dan penyelenggaraan yang tinggi ekoran penambahan aset pembetungan seperti loji rawatan kumbahan awam yang diambil alih saban tahun. Malah, kos elektrik dan kadar inflasi kian meningkat, macam harga kopi brew yang kita beli tu bukan main lagi tinggi! Tapi caj perkhidmatan IWK tetap sama.

Macam mana korang rasa benda ni boleh bertahan? Sepatutnya, tarif dan caj perkhidmatan pembetungan IWK diselaraskan bagi memastikan kemampanan perkhidmatan IWK demi kelestarian alam sekitar dan kesihatan awam.

Nak tau lebih lanjut pasal IWK, layari www.iwk.com.my.

#Advertorial #Banjir #Indah Water Konsortium #IWK