Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019) Roy diumumkan sebagai penerima anugerah Bintang CUCKOO Paling Gempak pada konsert minggu kelapan pada Ahad.

Roy membawa pulang Penapis Udara CUCKOO B Model Cordless yang bernilai RM3,500.

Biarpun nama Roy diumumkan sebagai bintang yang tersingkir pada konsert Ahad lalu, namun dia bertuah apabila dipilih sebagai penerima anugerah ini selama dua minggu berturut-turut.



Lima kebaikan Penapis Udara CUCKOO B Model Cordless
  1. Ia membersihkan udara di mana-mana bilik melalui operasi tanpa wayar selama 8 jam selepas bateri dicaskan.
  2. Mampu mengesan kualiti udara dengan baik menggunakan sensor yang tersedia.
  3. Panduan suara dalam tiga bahasa dapat memberikan pengalaman penggunaan yang lebih pintar.
  4. Plasma Ioniser melepaskan ion-ion negatif ke udara di mana mereka akan berhubung dengan ion-ion positif, ini akan menukarkan zarah-zarah udara berbahaya menjadi udara segar.
  5. Filter Ultra PM2.5 yang berkesan dalam menghapuskan 99.77% - 99.95% habuk di udara.


Sempena ulang tahun kelima CUCKOO, jenama tersebut telah mengadakan sebuah konsert yang besar-besaran di Surf Beach, Sunway Lagoon pada 23 November lalu. Istimewa untuk peminat yang tidak dapat melihat KONSERTKOO #withCUCKOO secara langsung pada hari itu, kini anda boleh menonton konsert ini di Astro Ria!

Jangan lepaskan peluang ini untuk menonton persembahan hebat empat bintang GV2019, Wann, Naqiu Boboy, Sham Visa dan One Nation Emcees. Datuk Seri Siti Nurhaliza juga digelarkan sebagai Duta CUCKOO 2020 semasa sebuah majlis perasmian di konsert tersebut.

KONSERTKOO #withCUCKOO bersiaran pada 7 Disember jam 10 malam dan siaran ulangannya pada 8 Disember jam 12 tengahari.

Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Bintang CUCKOO Paling Gempak minggu kesembilan?

Dipilih oleh peminat menerusi laman sesawang Gegar Vaganza, anda boleh mengundi bintang GV2019 kegemaran anda sekarang di www.gegarvaganza.com.my.

Undian akan dibuka sepanjang minggu dan akan ditutup setiap Ahad, jam 6 petang.

CUCKOO juga menjadi penaja bersama rancangan hiburan popular Gegar Vaganza 2019 (GV2019) yang bersiaran setiap hari Ahad pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

GV2019 menyaksikan persaingan sengit antara 8 bintang yang masih kekal pada minggu kesembilan.

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.