Penyanyi dan komposer muda, Tuah Adzmi, mengakui tidak serik bekerjasama dengan Tajul meskipun pernah berselisih faham sebelum ini.
Tuah atau nama sebenar, Arumi Nafis Mohd Adzmi berkata perselisihan faham yang berlaku pada hujung tahun lalu itu juga yang merapatkan hubungan mereka sekarang.
“Tak ada apa-apalah. Berselish faham masa bekerja itu perkara biasa. Sekarang ini kami jadi lebih rapat dan selesa untuk bekerjasama.
“Masing-masing makin faham kerenah masing-masing dan itu lebih baik,” katanya.
mengakui kini hubungannya bersama penyanyi, Tajul Ariff, dalam keadaan baik dan sudah melupakan episod pergaduhan yang berlaku penghujung tahun lalu.
Tambah Tuah lagi, insiden tersebut tidak menjadikannya serik untuk terus bekerjasama dengan Tajul.
“Saya tak serik pun nak bekerjasama dengan Tajul. Masa kejadian dulu tu Tajul tengah penat saya pula sedang bekarja maka berlakulah pertengkaran kecil.
“Alah gaduh kawan-kawan…Biasalah tu,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Tuah berkata, dia kini sedang berjinak-jinak dalam bidang perniagaan.
“Pada Ramadan lalu, saya berniaga makanan dan sekarang ini dalam perancangan untuk keluarkan cenderahati seperti t-shirts dan sebagainya.
“Saya lebihkan perhatian kepada perniagaan kerana ketika pandemik ini nak dapat tawaran menyanyi tu susah.
“Boleh dikatakan tiada tawaran langsung, jadi tak mungkin saya akan bergantung pada bidang nyanyian semata-mata,” luahnya.
Bercerita mengenai sambutan Aidilfitri tahun ini, Tuah berkata dia hanya menyambutnya bersama ibu kerana bapa sudah lama meninggal dunia.
“Saya beraya dengan ibu di Ampang. Ayah dah lama tak ada. Dulu sebelum pandemik kami akan beraya di Kuala Kangsar, Perak.
“Ada je saudara mara di sekitar Kuala Lumpur tetapi kan tahun ini kita tidak dibenarkan berziarah dan kita kena akur.
“Demi kebaikan bersama, kita sepatutnya patuhlah kan…Kalau kerajaan kembali pulih kita pasti dapat beraya lagi macam dulu-dulu,” katanya kepada Gempak.
Fiza Kamarudin
Tue May 18 2021


Mystery Ranking Show Malaysia Kapsul - EP7
Jom kita tengok apa persiapan di sebalik tema hari ini, iaitu Siapa paling banyak menang pertandingan seni bela diri! Bukan senang tau nak tipu juri-juri kita yang hebat. Jenuh nak pusing. Jom layan! #MysteryRankingShowMalaysia

Hampir Pengsan, Afgan Kenang Lari Naik Teksi Takut Menyanyi Di Uji Bakat
Nama penyanyi Afgan memang sudah sangat mekar bukan sahaja di negara kelahirannya tetapi juga Malaysia.
![[TAYANGAN PERDANA] Hantu Raya Pergi Perang [TAYANGAN PERDANA] Hantu Raya Pergi Perang](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/360/1976159/29393824241656678001359_640x390.jpg)
[TAYANGAN PERDANA] Hantu Raya Pergi Perang
Cubaan Kadir Osman (KO) mengambil khidmat hantu raya untuk memenangi hati Manisah – gadis impiannya – secara langsung bakal menentukan nasib kampungnya yang dalam peperangan dengan sebuah syarikat korporasi gergasi yang ingin mengambil tanah kampungnya dengan bantuan Manisah. Nak tahu apa sambungan dia? Korang boleh Saksikan episod penuh Hantu Raya Pergi Perang di aplikasi sooka. Episod pertama PERCUMA. Muat turun aplikasi sooka di Apple AppStore dan Google PlayStore atau layari www.sooka.my. Langgan pelan VIP Entertainment pada rm15.90/sebulan
.jpg?ext=.jpg)
“Amirul Tak Datang Rehearsal Ke?”- Netizen Kacau Suami Ain Edruce Buat Tiktok
Ain Edruce suka kacau suami dia
.jpg?ext=.jpg)
"Ini Kemenangan Untuk Ampang, Parti" - Hans Isaac, Pemilihan PKR 2022
Tahniah Dato Hans
.jpg?ext=.jpg)
“Bakal Menjadi Album Of The Year…” – Peminat J-Hope BTS Mula Teruja
Yahooo tak sabar

Korang Kaki Drama? Korang Berada Di Tempat Yang Betul!

"Dari Budak Nakal Sekarang Sudah Berkahwin" - Joe Flizzow Imbas Kisah Hidup Dalam Lagu Satu Malam Di Temasek
Lagu ini dicipta, ditulis dan diterbitkan sepenuhnya bersama rakan seperjuangannya yang sangat berbakat, SonaOne.
.jpg?ext=.jpg)
Shuk Sahar Datang Mahkamah Syariah? Netizen; "Dia Yang Menyakiti Tapi Seolah Dia Disakiti"
Apa pun selepas ini semoga baik-baik sahaja

"Saya Pernah Berdepan Insan Narsis & Diperlakukan Dengan Teruk" - Elizabeth Tan
Elizabeth Tan dan Zynakal bergabung dalam lagu baru berjudul Narsis.